Biarpun baru kita menjejakkan kaki ke tahun 2026, tapi dah macam-macam model telefon baru dikeluarkan dan diumumkan. Rasa macam tiada rehat antara pelancaran model-model terbaru, kan? Pasti bikin pening nak pilih mana yang sesuai dengan gaya masing-masing!
Kami pasti pilihan rata-rata pembaca adalah antara iPhone atau Android - kedua-duanya pastinya termasuk dalam senarai ini. Baca untuk tahu 5 model pilihan kami setakat ini.
1. Samsung Galaxy S25 Ultra – Terbaik keseluruhan
Jika bajet bukan masalah, Samsung Galaxy S25 Ultra adalah antara pilihan flagship paling lengkap di pasaran sekarang.
Model ini hadir dengan peningkatan besar dari segi prestasi, paparan, dan keupayaan AI. Skrin AMOLED 6.8 inci yang lebih cerah dan lancar, digabungkan dengan cip generasi terbaru menjadikan pengalaman penggunaan sangat premium.
Tambahan pula, keupayaan kamera dan integrasi AI menjadikan model ini sangat versatil — sesuai untuk kerja, gaming, dan fotografi.
2. iPhone 16 Pro Max – Kamera & prestasi terbaik
Bagi peminat Apple, iPhone 16 Pro Max kini menjadi pilihan utama dengan peningkatan ketara dari segi kamera dan prestasi.
Dilengkapi cip generasi terbaru Apple, model ini menawarkan prestasi yang sangat pantas dan efisien. Kamera pula tampil dengan teknologi pemprosesan imej yang lebih canggih, sesuai untuk anda yang gemar mengambil gambar berkualiti tinggi tanpa perlu edit berlebihan.
Rekaan premium dengan binaan titanium serta jangka hayat bateri yang lebih baik menjadikan iPhone ini antara yang terbaik di pasaran sekarang.
3. Galaxy S24 Ultra – Mampu milik

(Kredit imej: Samsung)
Jika duit bukan satu halangan untuk anda, kami sarankan anda dapatkan flagship terbaru daripada Samsung iaitu Galaxy S24.
Memang betul, harga untuk flagship ini agak mahal, namun setiap spek dan fitur yang ada pada telefon pintar ini pasti membuatkan setiap ringgit yang dibelanjakan adalah berbaloi. Siri terbaru ini betul-betul melangkau ekspektasi pengkritik dan pengguna tegar siri Galaxy S. Dari paparan skrin 6.8-inci AMOLED yang menakjubkan, dan prestasi Snapdragon Gen 3 yang luar biasa, kepada binaan kecerdasan buatan (AI), Galaxy S24 merupakan telefon pintar paling lengkap yang dipasarkan setakat ini.
Nota: FYI, fitur AI akan dapat diakses menggunakan siri Samsung S23, jadi anda boleh dapatkan peranti tersebut di sini.
4. iPhone 15 Pro – iPhone terbaik

(Kredit imej: Switch)
Bagi peminat iPhone, model ini adalah satu sweet spot dalam rangkaian telefon pintar yang diperkenalkan oleh Apple. Ia memperkenalkan beberapa penambahan kecil yang kurang signifikan, tapi apabila digabungkan, ia sebenarnya peningkatan yang sangat ketara.
iPhone 15 Pro diperbuat daripada titanium yang tahan lama, dan terasa lebih ringan berbanding model-model sebelumnya. Butang Action di bahagian tepinya pula boleh disesuaikan untuk menggantikan butang mute, lampu suluh, kamera dan fungsi-fungsi lain.
Ia turut dilengkapi dengan chipset A17 yang paling berkebolehan jika dibandingkan dengan mana-mana telefon pintar yang ada, manakala penambahan USB-C pastinya satu penambahan yang sepatutnya.
5. iPhone 15 – Nilai terbaik

(Kredit imej: MacRumors)
Terdapat dua peningkatan yang betul-betul membuatkan iPhone 15 lebih baik daripada iPhone 14.
Pertama adalah pengenalan USB-C yang membuatkannya lebih mudah disambung dengan aksesori lain, manakala yang kedua adalah Dynamic Island yang boleh memaparkan pelbagai informasi. Sebelum ini, fitur tersebut hanya terdapat pada model Pro sahaja.
Dengan perisian iOS yang lancar dan binaan yang premium, iPhone 15 sememangnya model iPhone 15 yang sangat sesuai dengan nilainya.
Platform pilihan untuk peranti terpakai pada tahun 2026 - CompAsia
Apabila anda ingin membeli peranti yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup, anda perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut: binaan kualiti dan rekaan, paparan, prestasi, kamera, jangka hayat bateri serta nilai yang ditawarkan!
Jika anda pentingkan nilai, bagaimana pun, kebanyakan peranti yang disenaraikan di atas turut dijual di CompAsia Malaysia, namun pada harga yang lebih mampu milik. Biarpun peranti terpakai, sebenarnya sesetengah model yang ditawarkan adalah tiada bezanya dengan yang baharu, terutamanya yang bergred As-new. Kunjungi laman e-stor kami sekarang dan alami perbezaan itu sendiri!
