Anda sedang berfikir untuk membeli peranti dari CompAsia tetapi bimbang tentang keadaan peranti (Cosmetic Condition) yang anda mahukan? Membuat pilihan yang betul boleh menjadi sukar, dan anda tidak bersendirian. Untuk membantu anda membuat keputusan yang bijak, dalam artikel ini kami akan memberikan pandangan yang lebih jelas dan terperinci tentang apa yang anda boleh harapkan dari setiap sistem penggredan peranti yang kami lakukan.
Sistem penggredan di CompAsia menumpukan kepada keadaan kosmetik telefon, bermakna kami menilai apa-apa kesan cela dan calar yang kecil pada peranti. Dengan contoh foto kami dan selepas membaca penerangan dalam artikel ini, anda boleh merasa lebih yakin untuk menekan butang “beli sekarang”. Baca lebih lanjut untuk lebih memahami bagaimana kami menilai gred bagi setiap peranti:
Excellent (Cemerlang)
Bagi kategori ‘Cemerlang’, keadaan peranti dilihat “hampir seperti baru”. Telefon yang anda pilih dari kategori ini mungkin mempunyai beberapa kesan calar mikro yang hampir tidak kelihatan. Ini merupakan pilihan yang tepat jika anda suka telefon anda kelihatan seperti baru.
Skrin: Calar yang kurang jelas apabila skrin dihidupkan
Badan: Tanda-tanda penggunaan yang sedikit seperti kesan calar dan kotoran yang sedikit, serta beberapa lekukan yang tidak jelas dari jarak 1 lengan.
*Ini adalah senario terburuk bagi peranti dalam gred ini
Good (Baik)
Di dalam kategori ‘Baik’, peranti dalam gred ini menunjukkan tahap penggunaan yang minima, tetapi keadaannya tidak akan terlalu menonjol dan tidak akan mengganggu anda semasa dalam penggunaan harian. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas: Anda berada dalam mesyuarat atau sedang melepak dengan rakan anda, jika mereka memeriksa telefon anda dengan lebih dekat sahaja baru mereka dapat kesan calar/cela yang ada pada telefon tersebut dan kemungkinan besar kesan-kesan yang ada pada peranti tersebut tidak diperhatikan.
Skrin: Calar-calar kecil yang hampir tidak kelihatan apabila skrin dihidupkan
Badan: Calar-calar yang jelas dengan kesan kotoran, serta beberapa lekukan yang kelihatan pada badan peranti
*Ini adalah senario terburuk untuk gred ini
Agak Baik
Pembeli yang ingin dapatkan telefon dalam keadaan ‘Agak Baik’ merupakan pejuang teknologi yang memilih untuk berbelanja dengan hemah! Walaupun telefon dalam kategori ini menunjukkan tanda-tanda penggunaan yang lebih ketara, harga yang ditawarkan dengan diskaun yang signifikan memberikan pengguna penjimatan berbanding memilih untuk membeli peranti baru atau peranti dalam keadaan ‘Cemerlang’.
Di Compasia, kami memberi jaminan setiap telefon berfungsi sepenuhnya, jadi anda tidak perlu bimbang tentang butang yang tidak responsif atau ‘dead pixel’. Anda boleh anggap peranti yang anda pilih dari kategori ‘Agak Baik’ ini telah menempuh beberapa cabaran dan pengembaraan dan bersedia untuk melalui lebih banyak pengembaraan baru bersama anda! Selain itu, sebarang kesan calar yang ketara mudah dilitupi dengan sarung telefon, menjadikan telefon dalam kategori ini pilihan yang praktikal dan berpatutan.
Skrin: Calar yang ketara pada skrin. Tidak menjejaskan kejelasan paparan pada skrin.
Badan: Calar yang ketara, kesan-kesan bintik yang kelihatan apabila diperiksa dengan teliti. Kemungkinan terdapat kemek dan lekuk pada badan.
*Ini adalah senario terburuk untuk gred ini
Konklusi
Tanpa mengira gred, semua telefon di CompAsia melalui pemeriksaan 32 langkah yang ketat, memastikan ia berfungsi sepenuhnya dengan kesihatan bateri sekurang-kurangnya 80%. Anda tidak perlu risau kerana kami akan memastikan telefon anda berfungsi dengan baik untuk membuat panggilan, melayari internet, mendengar lagu dan sebagainya.
Mengapa berbelanja lebih untuk telefon baru apabila anda boleh berjimat tanpa mengorbankan kualiti? Jangan lepaskan peluang untuk melihat pilihan peranti hebat kami hari ini dan jangan lupa untuk pertimbangkan nilai telefon dalam gred ‘Baik’ atau ‘Agak Baik’ sebelum anda memilih untuk membeli di CompAsia.