Telefon pintar adalah bahagian penting dalam kehidupan moden, tetapi harganya boleh membuat dompet anda menangis. Nasib baik, terdapat cara-cara bijak untuk mendapatkan telefon yang hebat tanpa perlu mengikat perut anda sampai hujung bulan. Berikut kami senaraikan 6 strategi bijak untuk berjimat besar semasa membeli telefon pintar anda!
Maksimakan jangka hayat telefon semasa anda
Sebelum membuat keputusan untuk membeli telefon baru, anda perlu mempertimbangkan untuk memanjangkan jangka hayat telefon yang anda miliki sekarang. Langkah-langkah mudah seperti mengemas kini sistem operasi, menggantikan bateri, atau menukar skrin yang retak boleh meningkatkan prestasi supaya ia berfungsi dengan lebih baik.
Kalau telefon anda betul-betul dah nazak atau tiada opsyen lain, tidak salah kalau anda ingin membeli model terbaru iPhone atau Samsung! Jadi, pertimbangkan pilihan yang menjimatkan ini sebelum tergoda dengan model terbaru.
Pilih model flagship atau pertengahan tahun lalu
Telefon pintar terbaru sememangnya mempunyai ciri-ciri yang mengagumkan, tetapi biasanya peningkatan dari model tahun lalu adalah minimal.
Cari tawaran pada model flagship sebelumnya atau terokai pilihan pertengahan yang menawarkan nilai yang sangat baik untuk kegunaan harian. Kami pasti anda masih akan mendapat telefon yang hebat pada sebahagian kecil daripada kosnya.
Pertimbangkan telefon terpakai
Jangan takut untuk membeli telefon terpakai! Platform yang diiktiraf seperti Shop.CompAsia menguji peranti ini dengan kawalan kualiti 32-langkah bagi memastikan ia berfungsi dengan sempurna sebelum sampai ke depan pintu anda.
Lebih-lebih lagi, anda boleh mendapat penjimatan sehingga 50% berbanding model baru sambil masih mendapat telefon yang terjamin.
Manfaatkan program tukar beli
Banyak platform menawarkan program tukar beli yang membolehkan anda menukar telefon lama anda untuk sedikit wang.
Ini bukan sahaja cara yang pantas malah ia boleh menjadi cara yang mudah untuk mengurangkan kos membeli telefon baru anda nanti. Nasihat kami: Pastikan anda membandingkan nilai tukar beli dari peruncit yang berbeza untuk memastikan anda mendapat tawaran terbaik.
Pilih telefon tidak dikunci dan pelan sim sahaja
Beli telefon tidak dikunci memberikan anda fleksibiliti untuk memilih penyedia perkhidmatan dan pelan mudah alih anda. Ini pastinya boleh mengurangkan komitmen bulanan anda.
Tunggu jualan dan promosi
Jualan telefon pintar biasanya berlangsung sepanjang tahun. Kalau anda betul-betul ingin berjimat, kami nasihatkan anda untuk menunggu jualan bermusim, tawaran tahun baru atau jualan pertengahan tahun untuk mendapatkan telefon yang anda inginkan dengan potongan harga yang besar.
Penjimatan anda yang seterusnya di CompAsia
Di CompAsia, kami sangat mengutamakan kualiti dan inovasi. Kami jamin setiap telefon dalam inventori kami akan melalui kawalan kualiti 32-langkah bagi memastikan fungsi yang optimum. Selain itu, setiap pembelian diberikan jaminan percuma selama 1 bulan, yang boleh dilanjutkan sehingga 12 bulan, supaya anda berasa senang hati semasa membeli-belah.
Terokai rangkaian telefon pintar terpakai kami di Shop.CompAsia hari ini!