5 Telefon Pintar dengan Hayat Bateri yang Luar Biasa

Pada hari ini, telefon pintar adalah alat penting yang kita bergantung kepada untuk segala-galanya, dari berhubung dengan orang lain hingga merakam kenangan terindah. Tetapi dengan penggunaan yang begitu berterusan, jangkat hayat bateri boleh dikatakan sudah menjadi kebimbangan.


Namun, jika anda sudah bosan mencari pengecas, maka anda patut pertimbangkan salah satu daripada telefon pintar ini. Berikut kami senaraikan 5 telefon dengan jangka hayat bateri yang luar biasa


Asus ROG Phone 8 Pro

(Kredit imej: etoren.com)

Dicipta khas untuk gamers tegar, Asus ROG Phone 8 Pro mempunyai bateri besar 6000mAh yang dapat memastikan anda kekal bermain game untuk sesi yang lebih panjang. Dengan sekali cas sahaja, ia kekal berkuasa selama 18 jam 48 minit, cukup untuk anda menjuarai permainan anda.


Ia juga menyokong pengecasan pantas, jadi anda tidak perlu tunggu lama kerana anda boleh sambung bermain jika kehabisan bateri.


OnePlus 12R

(Kredit imej: walmart.com)

OnePlus 12R mengimbangi antara prestasi berkuasa dan hayat bateri yang panjang. Ia mempunyai bateri 5000mAh yang boleh bertahan selama 18 jam 42 minit satu cas, dan ia juga turut menyokong pengecasan pantas 80W. 


Samsung Galaxy S24 Ultra (anggaran hayat bateri: 16 jam 45 minit)

(Kredit imej: samsungmobilepress.com)

Samsung Galaxy S24 Ultra adalah telefon kelas ‘kayangan’ yang sangat sesuai dengan nama dan bateri yang sepadan. Ia mempunyai bateri 4900mAh yang boleh bertahan selama 16 jam 45 minit dengan sekali cas sahaja. Ia turut menyokong pengecasan pantas 45W, jadi dalam masa lebih kurang sejam sahaja, anda boleh menggunakannya jika kehabisan bateri.


Motorola Edge Plus (2023)

(Kredit imej: verizon.com)

Jenama Motorola yang pernah gah pada suatu ketika dahulu! Motorola Edge Plus (2023) adalah pilihan yang hebat bagi mereka yang mencari telefon berkuasa dengan bateri yang tahan lama. Dengan kuasa bateri 5100mAh, ia mampu bertahan selama 15 jam 47 minit dengan sekali cas.


Apple iPhone 15 Pro Max (anggaran hayat bateri: 14 jam 2 minit)

(Kredit imej: toppng.com)

Walaupun jurang masa agak ketara berbanding model-model yang lain, iPhone 15 Pro Max terkenal dengan pengoptimuman bateri yang luar biasa.

Cip A17 Bionic telefon ini boleh menguruskan kuasa dengan cekap, membolehkan bateri 4400mAh memberikan cas penuh untuk digunakan sehingga 14 jam 2 minit. Digabungkan dengan ciri penjimatan bateri iOS 17, iPhone 15 Pro Max menawarkan pengalaman yang boleh dipercayai dan tahan lama untuk pengguna Apple yang sentiasa on-the-go!


Tingkatkan pengalaman teknologi anda dengan CompAsia

Memaksimumkan hayat bateri peranti adalah penting untuk memastikan prestasi dan kemudahan yang optimal sepanjang hari anda. Di CompAsia, kami memahami betapa pentingnya mempunyai peranti yang boleh dipercayai dan tahan lama. Oleh itu, kami komited untuk menyediakan produk berkualiti yang memenuhi keperluan teknologi anda.


Cari telefon pintar yang sempurna di CompAsia, di mana kualiti dan inovasi bertemu. Setiap peranti kami menjalani pemeriksaan kualiti 32-langkah yang teliti untuk memastikan kesihatan bateri 80% atau lebih. Selain itu, dengan jaminan percuma selama 1 bulan (yang boleh anda lanjutkan hingga 12 bulan), anda boleh membeli-belah tanpa risau!

Leave a comment

All comments are moderated before being published