Published 29 Aug 2024

7 Telefon Pintar Terpakai Terbaik untuk Bajet Bawah RM2,000 (Updated)

A thumbnail image of a blog about 7 Telefon Pintar Terpakai Terbaik untuk Bajet Bawah RM2,000 (Updated)

Pada tahun 2026, telefon pintar terpakai masih lagi relevan untuk penjimatan dan prestasi. Bayangkan, anda boleh memiliki teknologi terkini, kamera hebat, dan reka bentuk yang memukau pada harga yang jauh lebih rendah—sehingga 50% daripada kos asal! 

Dalam artikel kali ini, kami akan terokai 7 telefon pintar terbaik untuk bajet RM1,500-RM2,000 yang memberikan nilai luar biasa dan pengalaman premium tanpa perlu berbelanja besar.

1. iPhone 13 Pro Max

iphone-13-pro-max-compasia-malaysia-green

Harga Anggaran: RM1,649

iPhone 13 Pro Max terkenal sebagai antara iPhone dengan bateri paling tahan lama. Ia sangat sesuai untuk pengguna yang aktif menggunakan telefon sepanjang hari tanpa perlu risau tentang pengecasan kerap.

Cip A15 Bionic memberikan prestasi yang sangat pantas, sama ada untuk gaming, editing video, atau multitasking berat. Paparan ProMotion 120Hz pula menjadikan pengalaman penggunaan lebih lancar. Dari segi kamera, sistem tiga lensa dengan kemampuan fotografi dan videografi yang canggih menjadikannya pilihan ideal untuk content creator atau pengguna yang mementingkan kualiti gambar.

2. iPhone 14 Pro

iphone-14-pro-free-6-months-warrranty-compasia-malaysia

Harga Anggaran: RM1,989

iPhone 14 Pro menawarkan pengalaman yang lebih moden dengan pengenalan Dynamic Island yang interaktif serta paparan yang lebih terang. Ia juga dilengkapi dengan cip A16 Bionic yang lebih efisien dan berkuasa, memastikan prestasi kekal pantas untuk beberapa tahun akan datang.

Kamera juga menerima peningkatan ketara, terutamanya dalam keadaan cahaya rendah dan fotografi detail tinggi. Dengan reka bentuk premium dan sokongan iOS jangka panjang, iPhone 14 Pro adalah pilihan yang sangat sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman flagship terkini pada harga lebih rendah.

3. Samsung Galaxy S22 Ultra

Galaxy_S22_Ultra_5G_green

Harga Anggaran: RM1,239

Samsung Galaxy S22 Ultra menonjol dengan reka bentuk premium serta sokongan S Pen, menjadikannya unik dalam kategori ini. Ia sesuai untuk pengguna yang memerlukan telefon pintar untuk produktiviti seperti mencatat nota, melukis, atau kerja harian.

Paparan AMOLED 6.8 inci dengan kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman visual yang sangat memuaskan. Sistem kamera pula sangat versatil dengan keupayaan zoom yang hebat. Walaupun bukan model terbaru, ia masih menawarkan pengalaman flagship yang lengkap dan berbaloi dalam pasaran terpakai.

4. Samsung Galaxy S23 Ultra

galaxy-s23-ultra-5g-compasia-malaysia

Harga Anggaran: RM1,609

Samsung Galaxy S23 Ultra merupakan antara pilihan terbaik untuk pengguna yang mahukan prestasi tinggi dan kamera yang canggih. Dilengkapi dengan cip Snapdragon generasi baharu yang lebih efisien, ia menawarkan penggunaan bateri yang lebih tahan lama berbanding generasi sebelumnya.

Kamera utamanya yang beresolusi tinggi membolehkan anda mengambil gambar dengan detail yang sangat jelas, termasuk keupayaan zoom yang mengagumkan. Digabungkan dengan paparan premium dan sokongan S Pen, model ini sesuai untuk pengguna power user yang mahukan peranti serba boleh.

5. iPhone 15

iPhone-15-Blue

Harga Anggaran: RM2,000

iPhone 15 adalah antara model paling berbaloi dalam pasaran terpakai ketika ini kerana ia menawarkan ciri-ciri moden pada harga yang lebih mampu milik. Dengan kehadiran USB-C, ia kini lebih mudah digunakan dengan pelbagai aksesori.

Dynamic Island yang sebelum ini eksklusif kepada model Pro kini tersedia, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih interaktif. Prestasi yang lancar, kamera yang konsisten, dan reka bentuk premium menjadikan iPhone 15 pilihan ideal untuk pengguna yang ingin upgrade ke model lebih baharu tanpa melebihi bajet.

6. iPhone 12

iphone-12-blue

Harga Anggaran: RM879

iPhone 12 kekal sebagai pilihan yang kukuh bagi anda yang ingin merasai ekosistem Apple tanpa perlu berbelanja besar. Dengan paparan Super Retina XDR yang menakjubkan, cip A14 Bionic, dan sambungan 5G, peranti ini memastikan prestasi yang lancar dan sesuai untuk masa depan. Sistem kameranya yang mengagumkan, dengan mod Malam pada lensa lebar dan ultra lebar, menjamin kualiti foto yang hebat walaupun dalam keadaan cahaya rendah.

7. Samsung Galaxy S21

samsung-galaxy-s21-pink

Harga Anggaran: RM1,000

Samsung Galaxy S21 adalah satu lagi pilihan yang hebat dalam pasaran terpakai. Dilengkapi dengan pemproses Exynos 2100 yang berkuasa, paparan Dynamic AMOLED 6.2 inci yang terang, dan sistem tiga kamera yang serba boleh, Galaxy S21 menawarkan pengalaman flagship. Ia juga mempunyai sokongan 5G dan reka bentuk yang anggun, menjadikannya pilihan yang hebat untuk mereka yang mahukan pengalaman Android yang berkelas tinggi.

Nota Akhir

Pasaran telefon pintar terpakai tahun 2026  terus memberikan peluang untuk memiliki teknologi canggih pada harga yang lebih mesra bajet. Dengan reka bentuk premium dan prestasi unggul, anda boleh menikmati peranti impian tanpa perlu berbelanja besar. Layari CompAsia.my sekarang dan rebut tawaran terbaik untuk telefon pintar terpakai idaman anda!