Peranti MERAH yang paling bertuah sempena Tahun Baru Cina _CompAsia Malaysia

Setiap Tahun Baru Cina, seluruh tempat pasti dihiasi dengan warna merah kerana warna tersebut biasanya dikaitkan dengan tuah, kemakmuran dan kegembiraan. Memandangkan warna merah adalah warna bertuah, CompAsia akan kongsikan beberapa peranti ONG yang anda perlu miliki.


Beats Studio Buds

Kredit: Beatsbydre



Beats Studio Buds dikeluarkan pada bulan Jun tahun lepas sebagai alternatif yang bersifat ergonomik dan lebih ekonomik berbanding Apple AirPods. Ia datang dalam bekas pengecas yang juga berwarna merah, dengan tips silikon dalam tiga pilihan saiz. Dilengkapi dengan mod pembatalan bunyi aktif, mod ini sangat berguna apabila anda ingin mengelakkan sebarang bunyi yang tidak diingini. Ia juga disertakan dengan mod ketelusan apabila anda perlu menumpukan perhatian kepada persekitaran.

RRP: RM629.00


Apple Watch Siri 7

Kredit: BGR


Siri terbaru Apple Watch mempunyai beberapa kemas kini yang ketara. Siri 7 menawarkan paparan yang lebih besar daripada model sebelumnya yang boleh memberikan anda lebih kepuasan. Ia juga dilengkapi dengan perlindungan habuk dan retak yang lebih baik dari siri sebelumnya, jadi anda tidak perlu risau lagi tentang sebarang keretakan skrin yang tidak diingini. Selain itu, pembelian peranti Apple (PRODUCT) RED menyumbang kepada dana global untuk memerangi AIDS dan COVID-19 yang pastinya akan menjanjikan karma yang baik.


RRP: RM1749.00-RM2199.00



Pwnage Ultra Custom Wireless Ergo Gen 2

Kredit: Indiegogo


Sesuai dengan namanya, anda boleh menyesuaikan tetikus ini dengan cangkerang, butang tetikus dan butang DPI yang berbeza untuk dipadankan dengan gaming setup anda. Sekiranya anda bosan dengan warna lalainya iaitu hitam atau putih, anda boleh menukar cangkerang tetikus dengan warna yang berbeza-beza (merah adalah pilihan terbaik untuk musim perayaan ini). Tetikus ini mempunyai kependaman klik yang sangat rendah, jarak angkat yang rendah dan julat CPI yang luas menjadikannya pilihan ONG yang pasti akan meningkatkan prestasi permainan anda.


RRP: RM459.59


iPhone 12

Kredit: Apple


Walaupun iPhone 12 dikeluarkan pada tahun 2020, ianya masih relevan pada hari ini. Reka bentuk telefon pintar ini sangat estetik dan tahan lasak. Ia juga didatangkan dengan pemproses A14 Bionic, rangkaian 5G dan juga kamera yang konsisten untuk merakam foto yang hebat. Dapatkan peranti original second-hand ini dalam warna merah pada harga RM2,549* daripada shop.CompAsia* hari ini dan pastikan ia dihantar kepada anda sebelum Tahun Baru Cina.


*selagi stok masih ada. Harga mungkin berbeza-beza mengikut gred dan promosi.



Samsung Galaxy Chromebook 2

Kredit: Techreview.vn


Chromebook Samsung Galaxy 2 ini bukanlah yang terhebat di pasaran namun ia adalah antara pilihan terbaik untuk harganya yang sekitar RM2500. Untuk memastikan produk ini padan dengan harganya, Samsung telah mengalih keluar sensor cap jari dan keupayaan stylus. Walaupun begitu, ia memaparkan paparan QLED dan teknologi bunyi AMP Pintar yang menyampaikan volume yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan komputer riba standard (sehingga 178% lebih!), sesuai untuk memeriahkan lagi Tahun Baru Cina dengan muzik yang rancak.


Kesimpulan

Tambah ONG dalam hidup anda pada Tahun Baru Cina ini dengan peranti merah seperti yangi tertera di atas. Kami menawarkan POTONGAN sehingga RM88 untuk SEMUA peranti di shop.compasia.com dari 17 Jan hingga 6 Feb 2022.


Jom lihat apa yang tersedia sekarang!

Leave a comment

All comments are moderated before being published