Sememangnya kita akan rasa selesa jika sudah terbiasa dengan sesuatu. Dan ini adalah penyebab sebilangan besar daripada kita memutuskan untuk menggunakan telefon tersedia ada. Malah idea untuk berpindah dari iPhone ke iPhone lain agak mengerikan bagi sesetengah pengguna. Jangan risau, kami ada di sini untuk membantu memudahkan penukaran telefon anda, supaya anda merasa seperti berada di rumah semasa menggunakan telefon baharu anda.
iPhone ke iPhone
Sistem migrasi Apple amat cepat dan mudah, membuatkan peminatnya tergoda untuk terus kekal dengan ekosistem Apple.
- Letakkan iPhone baharu dan lama bersama-sama.
- iPhone lama akan mulakan migrasi data secara automatik.
- Buat pasangan atau ‘pair’ peranti tersebut dengan mengambil gambar mengikut corak pada telefon baharu.
- Masukkan kod laluan pada iPhone lama.
- Pilih bagaimana anda ingin data dipindahkan.
Android ke iPhone
Android juga turut menitikberatkan pemindahan data yang agak lancar ke iPhone.
- Dapatkan aplikasi “Move to iOS” pada peranti Android anda.
- Pergi ke skrin “Apps & Data” pada iPhone baharu anda. Kemudian ketik “Move data from Android”.
- Kemudian buka aplikasi “Move to iOS” pada Android anda.
- Apabila anda sudah bersetuju dengan terma dan syarat, permintaan untuk masukkan kod akan terpapar. Kod yang tertera pada iPhone anda.
- Pilih data yang ingin dipindahkan.
iPhone ke Android
Oleh kerana terdapat pelbagai cara untuk memindahkan data melalui peranti Android, cara terbaik yang kami temui adalah dengan mulakan dari akaun Google anda. Bagi peminat fanatik Apple, akaun Google Drive agak serupa dengan iCloud. Bukan sahaja ianya membantu untuk pemindahan data namun untuk migrasi di masa hadapan.
- Muat turun Google Drive ke iPhone anda
- Setelah akaun Google anda berjaya didaftarkan, pilih “settings”, kemudian “back up”.
- Pilih fail yang anda inginkan, kemudian mulakan proses “back up”.
- Sebaik sahaja anda buka Android anda, akan tertera permintaan untuk anda daftar masuk menggunakan akaun Google anda. Kesemua fail yang anda telah "back up" akan dipindahkan ke peranti Android anda.
Android ke Android
Terima kasih kepada pemikir di Google, anda juga dapat menggunakan kaedah "back up" dan pemindahan Google Drive yang sama ketika melakukan migrasi data dari Android ke Android.
- Jika anda tidak memiliki akaun Google, sila wujudkan akaun pada peranti Android lama anda.
- Pergi ke Google drive, kemudian “settings”, diikuti dengan “back up”
- Pilih fail yang anda inginkan dan mulakan proses back up.
- Daftar masuk dengan akaun Google anda.
Kesimpulan
Kebanyakan pengusaha telah membuat pelbagai ujian bagi memastikan kelancaran migrasi data untuk meminimumkan pengalaman pengguna ketika menerima telefon baharu. Ini kerana data tersedia ada di telefon selalunya lebih berharga daripada telefon itu sendiri. Kini, setelah anda mengetahui betapa mudahnya memindahkan data dari telefon ke telefon yang lain, anda boleh mendapatkan telefon pra-milik dengan harga yang lebih berpatutan! Kami menawarkan harga yang istimewa untuk kesemua iPhone 8 dan iPhone 11 bersempena Hari Raya ini.