Oleh kerana semakin ramai rakyat Malaysia bekerja dari rumah, keperluan untuk stesen kerja mudah alih semakin meningkat. Sekiranya anda tidak mempunyai komputer riba, untuk mendapatkannya dalam masa yang singkat mungkin akan mencabar dan memerlukan kos. Namun, jika anda pengguna Samsung, anda mungkin sudah ada penyelesaian mengenai PC ini. Apa yang anda perlukan hanyalah skrin dan beberapa aksesori untuk pengalaman ‘desktop’. Sekiranya anda masih belum lagi menggunakan Samsung Dex, sekarang adalah masa terbaik untuk mencubanya.
Samsung DeX tersedia pada sejumlah peranti Galaxy termasuk siri Note 8 ke atas, siri S8 ke atas, Galaxy Fold dan juga beberapa tablet.
Terdapat pelbagai cara untuk mencipta pengalaman desktop anda, sama ada menggunakan kabel atau tanpa wayar. Berikut adalah panduan ringkas mengenai cara menggunakan mod Samsung DeX.
Memasang dan menggunakan cable DeX atau kabel HDMI
Dengan kabel DeX, anda boleh menyambungkan telefon atau tablet anda terus ke monitor tanpa menggunakan aksesori lain.
- Mula-mula, sambungkan hujung kabel USB-C ke kabel DeX kepada port pada telefon atau tablet.
- Kemudian, sambungkan hujung HDMI ke port monitor HDMI.
- Jika perlu, buka kekunci telefon anda.
- Jika ini adalah kali pertama anda menggunakan DeX, mesej ‘pop-up’ akan terpapar pada ‘Home screen’ telefon atau tablet anda. Ketik ‘Continue’, dan ketik ‘Start’ untuk membenarkan akses ke mod ‘Full Desktop’.
- Seterusnya, mesej Samsung DeX akan terpapar pada telefon atau tablet anda – ketik ‘OK’. Kemudian, leret ke bawah dari bahagian atas skrin untuk membuka panel ‘Notification’. Ketik pada notifikasi "Use your phone as a touchpad.” Sekarang anda boleh kawal kursor monitor menggunakan peranti anda.
Nota: Jika anda ingin menggunakan keyboard dan tetikus dengan Samsung DeX, anda boleh sambungkan peranti Bluetooth tersebut ke peranti. Menggunakan aksesori berwayar mungkin agak sukar dengan mod penyambungan sebegini.
- Untuk bertukar ke ‘screen mirroring’, buka panel ‘Notification’ dengan leretkan ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik notifikasi Samsung DeX, kemudian ketik Samsung DeX. Monitor akan bertukar ke mod Samsung DeX.
Memasang dan menggunakan DeX Pad atau Station
Nota: Disebabkan faktor saiz, tablet tidak sesuai untuk Pad atau Station
DeX Station dan DeX Pad juga berfungsi sebagai ‘hub’ USB, jadi anda boleh memasang tetikus atau keyboard berwayar, atau sistem penyimpanan tambahan dengan mudah. Dan juga, ini hanyalah fungsi tambahan yang lebih menarik di meja daripada ‘hub’ USB-C atau kabel tunggal. Berikut adalah cara menggunakannya:
- Mula-mula, sambungkan DeX Pad atau Station pada ‘Fast Charging Travel adapter’ yang didatangkan bersama dengan telefon.
- Sambungkan hujung kabel HDMI ke port DeX HDMI, kemudian sambungkan hujung satu lagi ke port monitor HDMI.
- Jika telefon anda ada ‘casing’, pastikan anda telah membukanya terlebih dahulu sebelum membuat penyambungan bagi mengelakkan isu sambungan.
- Seterusnya, tempatkan telefon anda pada DeX Pad atau Station.
- Selepas itu, mesej Samsung DeX akan terpapar pada telefon atau tablet – ketik ‘OK’. Kemudian, leret ke bawah dari bahagian atas skrin untuk membuka panel ‘Notification’. Ketik pada notifikasi "Use your phone as a touchpad.” Sekarang anda boleh kawal kursor monitor menggunakan peranti anda.
Memasang dan menggunakan Samsung DeX pada PC
Nota: Fungsi ini hanya tersedia pada Galaxy Fold, S10, S20, Note10, dan siri Note20. Ia tidak tersedia untuk tablet Galaxy.
Aplikasi DeX yang baharu untuk PC anda adalah serupa dengan mod DeX yang biasa, namun ia mempunyai beberapa ciri baharu lain, dan anda boleh menggunakan kabel pengecasan USB yang disertakan dengan telefon anda.
- Pasang peranti anda ke komputer atau komputer riba dengan kabel USB-C anda.
- Setelah membuat pemasangan untuk pertama kalinya, anda perlu memasang aplikasi DeX untuk PC sama ada peranti Windows atau MacOS anda.
- Selepas aplikasi dipasang dan telefon anda disambungkan, DeX perlu ‘boot’ secara automatik.
- Setelah DeX berjalan, anda boleh menggunakannya dalam tetingkap atau dalam mod skrin penuh.
- Walaupun tengah digunakan, anda masih boleh membalas mesej dan membaca notifikasi dari telefon anda. Anda juga dapat mengakses fail dari telefon, dan memindahkan fail antara kedua-dua peranti dengan menyeret antara tetingkap.
Menggunakan DeX pada tablet tanpa paparan luaran
Berita gembira untuk pengguna Tab S4 dan S6. Mereka telah membina DeX tepat di dalamnya. Dengan kata lain, anda hanya boleh menggunakan DeX tanpa menyambungkan tablet ke monitor!
- Hanya leret ke bawah dari bahagian atas skrin untuk membuka panel ‘Quick settings’.
- Kemudian, ketik pada ikon Samsung DeX. Jika ini adalah pertama kali anda menggunakan ciri ini, baca dan ikuti arahan pada skrin.
- Selepas itu, antara muka DeX akan dimuat naik pada tablet sepertimana ia terpapar pada desktop dan monitor. Anda boleh navigasi menggunakan skrin sesentuh.
Bagaimana menggunakan Samsung DeX Tanpa Wayar
Nota: Jika TV pintar anda menyokong Miracast, anda boleh menggunakan S21, Galaxy S10, Note10, S20, dan siri peranti Note20, dan juga Tab S7, untuk menggunakan Samsung DeX tanpa wayar.
- Mula-mula, hidupkan TV pintar anda.
- Dengan menggunakan alat kawalan jauh atau alat kawalan monitor itu sendiri, pergi ke menu sumber pada monitor. Kemudian pilih ‘screen mirroring’.
- Pada telefon pintar Galaxy atau peranti yang bersesuaian, tarik ‘Quick Panel’ ke bawah dengan menyeret ke bawah dari atas skrin. Ketik pilihan DeX.
- Kemudian pilih TV atau monitor yang anda ingin sambungkan.
- Pada monitor anda, anda akan melihat paparan logo DeX, diikuti dengan skrin utama DeX.
- Untuk menggunakan telefon anda sebagai ‘touchpad’, leretkan ke bawah dari bahagian atas skrin dan pilih notifikasi ‘touchpad’.
- Dan anda boleh terus gunakannya!
Bagaimana untuk ‘Lock’ dan ‘Unlock’ Samsung DeX?
Semasa menggunakan Samsung DeX, anda boleh ‘lock’ dan ‘unlock’ sepertimana anda lakukan dengan telefon anda. Sekiranya anda menggunakan pengecaman wajah untuk ‘unlock’ telefon anda, misalnya, anda juga perlu menggunakannya untuk ‘unlock’ DeX.
Kesimpulan
Telefon pintar pada masa kini menawarkan kuasa pengkomputeran yang mampu untuk melaksanakan pelbagai tugasan kerja, namun terdapat batasan dari segi skrin yang agak kecil yang menyukarkan kepelbagaian tugasan atau melakukan peningkatan produktiviti. Dengan menggunakan Samsung DeX bersama monitor saiz penuh, keyboard, dan tetikus, kerja anda lebih cekap tanpa perlu melabur pada PC.
Di sini, di shop.compasia.com, kami mempunyai pelbagai siri Galaxy, telefon pintar pra-milik yang diperakui sah dengan tawaran harga yang berpatutan! Anda dialu-alukan untuk meneroka mereka.
Tawaran hebat bersempena Hari Raya ini, tambahan RM50 dan jaminan lanjutan PERCUMA! Siapa cepat, dia dapat!