Persediaan Lengkap Untuk Berlari – Aplikasi Dan Aksesori Yang Paling Baik Untuk Pelari _CompAsia Malaysia

Dengan PKP yang dilaksanakan baru-baru ini, ramai rakyat Malaysia telah memilih larian sebagai salah satu aktiviti untuk kekal cergas. Dengan kelonggaran arahan sekatan, aktiviti larian ini semakin mendapat sambutan. Untuk membantu anda mengekalkan hobi baru ini, berikut adalah beberapa cadangan aplikasi dan aksesori yang dapat membantu meningkatkan prestasi dan juga semangat anda. 

 

Aplikasi 

JomRun 

Peminat tegar larian pastinya akan menghargai aplikasi oleh Malaysia ini. Aplikasi ini dilengkapi dengan fungsi jaraktempoh, dan bacaan langkah. Selain ituianya turut menyediakan maklumat terkini mengenai aktiviti larian yang bakal diadakanKemudiananda boleh membeli tiket penyertaan melalui aplikasi ini dengan harga diskaun!

 

Running app 

Running app oleh Leap Fitness ini menawarkan rekaan yang estetika dan mudah untuk digunakan, dengan program latihan yang memenuhi keperluan bagi 'beginners' sehingga peserta yang lebih berpengalaman. Ini membolehkan anda menetapkan sendiri matlamat anda, sama ada ingin kekal sihat dengan rutin biasa atau melengkapkan maraton pertama anda.

 

Zombies, Run! 

Bagi mereka yang suka berlari dengan dimasukkan elemen ‘gaming’, maka Zombies, Run adalah untuk anda. Ketika anda sedang berlari, anda akan diiringi oleh trek audio yang akan menggesa anda untuk mempercepatkan larian, jika tidak "zombi" akan menangkap anda. Semakin jauh anda berlari, lebih banyak sumber yang anda miliki.

 

Aksesori 

Airpods pro 

Memang tidak dapat dinafikan lagimuzik adalah pencetus motivasi. Dan tiada yang sehebat Airpods Pro dari segi bunyi audio. Aipods yang biasa sebelum ini sememangnya hebat dengan kualiti bunyi yang bagusnamun  ianya mempunyai sedikit isu dari segi memegang penutup telinga dengan selamat di tempatnyaIsu ini telah berjaya diselesaikan dengan kehadiran Airpods Pro, selain prestasi kualiti suara telah dipertingkatkan dan juga gangguan bunyi bising telah dikurangkan. 

 

Apple watch

Fungsi Apple watch amat mengkagumkan biarpun dengan atau tanpa telefon pintar anda. Tanpa telefon bersama dengan anda, anda tetap boleh menjejaki kemajuan anda yang dipindahkan dari telefon anda. Apabila telefon bersama anda, anda boleh 'stream' muzik atau podcast, dan dalam masa yang sama masih boleh akses ke siri.  

 

Arm straps 

Pelbagai jenama menawarkan ‘arm strap' yang berfungsi untuk memegang telefon anda ketika berlari. Kami cadangkan untuk anda dapatkannya dari Decathlon, di mana ianya menyediakan pelbagai saiz sehingga ke model iPhone 11 Pro Max. Strap ini juga dihadirkan dengan tetingkap boleh sentuh dari luar sahaja tanpa perlu membuka arm strap.

 

Kesimpulannya 

Sebagai alternatifanda boleh dapatkan telefon yang lebih kecil saiznya supaya barangan yang anda bawa lebih ringan dan memudahkan larian anda. Ini juga dapat membantu mengurangkan risiko telefon anda dari terjatuh dan mengakibatkan berlakunya kerosakan. iPhone SE adalah satu pilihan yang bijak, dengan saiznya kurang daripada 5 inci dan mudah untuk dikendalikan dengan sebelah tangan sahaja. Anda boleh dapatkan telefon pintar ini dengan layari shop.compasia.com 

 

 

Leave a comment

All comments are moderated before being published