Tech spotlight: Samsung Galaxy S22 Ultra pada tahun 2023 _CompAsia Malaysia

Mungkin pada ketika ini, Samsung masih memberikan sentuhan penyudah untuk Galaxy S23 yang bakal dikeluarkan pada pertengahan Februari. Namun artikel ini tidak akan menyentuh pasal telefon yang dinanti-nantikan itu, sebaliknya Samsung Galaxy S22 Ultra yang telah diangkat sebagai superstar pada 2022. Jika anda masih merasa ragu telefon mana yang patut anda beli sempena ini, terus membaca untuk tahu lebih lanjut berkaitan S22 Ultra.


Binaan dan rekaan

Samsung Galaxy S22 Ultra Build and Design

Galaxy S22 Ultra mengangkat rekaan phablet yang masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana model di pasaran. Siri Ultra ini ibarat reinkarnasi siri Samsung Note yang turut disertakan dengan S pen.


Dilengkapi dengan Gorilla Glass Victus+ pada bahagian depan dan belakang, serta frame Armor Aluminium, ia direka khas untuk kelasakan dan pada masa yang sama masih menekan ciri premium. Walaupun saiz S22 Ultra agak besar, penggemar siri ini pasti akan hargai paparan skrinnya yang lebih luas.


Paparan

Samsung Galaxy S22 Ultra Display

Skrin superluas 6.8” dengan Dynamic AMOLED 2X pastinya akan buat multitasking lebih mudah. Walaupun ada sedikit silau, S22 Ultra masih mampu capai kecerahan pada kadar 1750 nits. Penggemar gamer pasti dapat rasai perbezaan dengan adanya 120Hz adaptive refresh rate yang melancarkan lagi pengalaman gaming.


Prestasi dan bateri

Samsung Galaxy S22 Ultra Performance

Jika dilihat dari aspek saiz, pasti S22 Ultra dianggap memiliki kapasiti bateri yang lebih besar daripada 5000 mAh. Oleh kerana paparan skrin yang lebih besar, maka hayat baterinya lebih cepat susut. Namun kecekapan telefon tersebut telah diperbaiki setelah UI dinaik taraf. Anda boleh gunakan mod penjimatan kuasa dan setkan penataan bagaimana ia boleh lakukannya.


Sekiranya ada telefon yang mampu gunakan keupayaan multitasking Snapdragon 8 Gen 1 dengan sepenuhnya, S22 Ultra pasti boleh lakukannya. Mungkin anda akan perasan baterinya cepat panas dan susut, tapi anda tidak perlu ragu prestasi S22 Ultra adalah antara telefon yang ultra terbaik.


Kamera

Samsung Galaxy S22 Ultra Camera

S22 Ultra mungkin tidak miliki kamera yang terbaik di pasaran, tapi ia masih boleh dianggap lebih versatil berbanding telefon pintar lain. Dari aspek zoom kepada ultra-luas, serta selfie ke penataan cahaya yang rendah, S22 sangat berguna jika anda ingin ambil gambar dalam pelbagai situasi yang berbeza. 


Malah rakaman videonya adalah sangat berkualiti kerana ia dilengkapi dengan Electronic Image Stabilization Gyro Stabilization. Dari aspek warna dan kualiti video, ia sememangnya lebih mempesonakan biarpun dirakam menggunakan tetapan default.




Pencahayaan biasa

Samsung Galaxy S22 Ultra Regular Lighting

Pencahayaan rendah

Samsung Galaxy S22 Ultra Low Light

Pandangan dekat

Samsung Galaxy S22 Ultra Close Up

Nota akhir

Dengan pelbagai naik taraf yang bakal diperkenalkan serta rangkaian 5G yang telah lama dilancarkan di Malaysia, tidak perlu disangkal bahawa Samsung Galaxy S22 Ultra adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yang inginkan peranti Android yang serba lengkap. Jika anda buat carian di Google, S22 Ultra pasti muncul di tangga teratas dalam senarai “telefon pintar terbaik 2022”. 


Setelah S23 Ultra dilancarkan nanti, harga S22 Ultra pasti lebih murah dan shop.compasia.com adalah platform terbaik untuk anda dapatkannya. Apa yang anda boleh nikmati adalah penjimatan lebih daripada RM1,100 apabila anda dapatkan S22 Ultra terpakai berkualiti tinggi daripada kami.

Leave a comment

All comments are moderated before being published