Tech Spotlight: iPad Mini 6 (2021) pada tahun 2023 _CompAsia Malaysia

iPad Mini 6 merupakan salah satu daripada edisi terkini keluarga iPad yang dikeluarkan pada tahun 2021. Selain daripada saiz yang lebih padat, iPad Mini 6 sebenarnya penuh kejutan jika dibandingkan dengan model sebelumnya, iPad Mini 5.

Dengan spesifikasi terkini dan rekaan yang premium, iPad Mini 6 menawarkan fungsi yang hampir sama dengan iPhone, serta beberapa spek lain yang tidak kurang menariknya. Terus membaca untuk ketahui mengapa anda perlu beri lebih perhatian kepada model iPad ini pada tahun 2023.

Paparan

Setakat ini, iPad Mini 6 menawarkan salah satu reka bentuk tablet yang paling premium di pasaran. Rekaannya yang moden dengan paparan Liquid Retina 8.3 inci merupakan peningkatan yang jelas berbanding paparan iPad Mini 5 yang hanya berukuran 7.9 inci. Skrinnya boleh menjadi cukup terang dengan kadar 500 nits walaupun ia mungkin tidak cukup untuk penggunaan media yang berat. 

Kadar refresh rate iPad Mini 6 juga kurang memberangsangkan, tapi pencinta iPad ini masih dapat hargai saiznya yang lebih kecil. Kami yakin kanak-kanak atau sesetengah orang dewasa akan sukai peranti ini tanpa fikir banyak akan kekurangannya.

Binaan dan Rekaan

iPad Mini 6 ini diperbuat daripada aluminium, dan tersedia dalam empat warna berbeza iaitu Space Grey, Pink, Purple dan Starlight. Model ini mempunyai skrin menyeluruh dengan rekaan bezel yang lebih kecil, membuatkannya kelihatan lebih anggun.

Biarpun binaannya kelihatan lebih kukuh, iPad Mini 6 sebenarnya lebih ringan daripada generasi sebelumnya. Tiada masalah untuk anda gunakannya dengan sebelah tangan dan paling penting pasti kurang sakit andai kata ia jatuh ke muka ketika anda sedang baring sambil menonton video. 


Bateri dan Prestasi

Bercakap mengenai prestasinya, iPad Mini 6 dilengkapi dengan cip Bionic A15 yang turut digunakan pada iPhone 13. Pemproses berkuasa ini membolehkannya beroperasi dengan pantas, memudahkan anda melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, sunting gambar dan bermain game. 

iPad Mini 6 dilengkapi dengan sel 5,124 mAh, bermakna jangka hayat bateri boleh tahan sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan sahaja. Paling bagus bila ia turut menyokong pengecasan pantas, yang mana ia boleh dicas dari 0% hingga 30% dalam masa 30 minit.

Kamera

Biarpun tidak ramai yang ambil tahu tentang kamera tablet, tetapi kamera depan dan belakang iPad Mini 6 pasti akan buat anda terkejut. Ia dilengkapi dengan kamera-lebar 12 megapixel pada kamera belakang yang sangat perfect untuk ambil gambar dan video berkualiti tinggi. Kamera hadapan pula adalah 12 megapixel, sangat sesuai untuk video conferencing dan swafoto.

iPad Mini 6 mungkin tidak dapat tandingi ciri kamera iPhone disebabkan tetapan kanta tunggal kamera belakangnya (rear camera single lens), tapi tidak menjadi masalah kalau anda ingin ambil gambar biasa dengan perincian yang baik. 

Nota akhir

Dengan adanya iPadOS 16, iPad Mini 6 kini menjadi lebih versatil. Anda boleh tingkatkan parental control, berkongsi album ke semua peranti Apple lain, tetapkan mod fokus dan macam-macam lagi. Anda patut tahu, biarpun saiznya kecil, ia kekal sebagai salah satu tablet yang berkuasa di pasaran dan semestinya akan bertahan untuk tahun-tahun mendatang. 


iPad Mini 6 merupakan salah satu peranti terlaris di shop.compasia, habis terjual serta merta setelah ia dipasarkan. Pastikan anda beli apabila ia tersedia!

Leave a comment

All comments are moderated before being published