Tech Spotlight: 6 sebab anda perlu dapatkan iPhone 12 pada tahun 2023_CAM

Dikeluarkan pada suku akhir 2020, iPhone 12 memperkenalkan angular edges, sambungan 5G dan paparan Super Retina XDR OLED yang lebih baik, menggegarkan minat di kalangan peminat Apple dan sesetengah pengguna Android.

Selepas hampir 3 tahun, reka bentuk angular masih kekal, menjadikan iPhone 12, 13 dan 14 tiada beza antara satu sama lain. Selain penampilan luarannya, ada banyak lagi sebab mengapa anda seharusnya mendapatkan iPhone 12 pada tahun 2023, dan berikut adalah 6 yang valid:


Paparan yang menakjubkan

Sebelum ini, skrin OLED siri iPhone 12 hanya diperkenalkan untuk model Pro dan Pro Max sahaja. Tapi untuk model asas iPhone 12, Apple memutuskan untuk meningkatkan siri  tersebut dengan skrin Super Retina XDR OLED yang turut menyokong Dolby Vision.

Ia juga memperkenalkan bezel yang lebih kecil dengan nisbah screen to body sebanyak 86%, membolehkan anda menikmati sepenuhnya setiap sudut skrin 6.1 inci model itu.


Tahan lebih lama

Berbanding dengan model asas iPhone 14 yang mempunyai cip Bionic A15, beza cip A14 Bionic nya adalah satu generasi sahaja. Menatal di media sosial atau bermain game juga terasa lebih lancar; berserta dengan dengan sambungan 5G yang semakin meluas di Malaysia, kami yakin iPhone 12 boleh menjadi gajet yang anda gunakan untuk tahun-tahun mendatang.

Setakat ini, iPhone 12 masih boleh dikemas kini kepada iOS 16, dan dijangka akan dapat dikemas kini untuk 4 hingga 5 tahun akan datang. Jadi, sebenarnya anda susah nak bezakan pengalaman menggunakan iPhone 12 dengan model-model Apple yang terbaru seperti seperti iPhone 13 dan 14.

Skrin iPhone 12 pula dibuat dengan kaca Ceramic Shield, yang Apple katakan 4 kali lebih tahan daripada model-model yang sebelumnya.


Nilai yang berbaloi

Anda juga boleh mendapatkan iPhone 12 yang baharu, yang berfungsi sepenuhnya macam baharu daripada RM1,799 di shop.compasia.com. Harga ini sebenarnya lebih kurang sama dengan telefon mid range yang baru.

Anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda perlu dapatkan flagship telefon yang dah berusia 3 tahun berbanding telefon mid range yang baru. Jelas sekali jawapannya adalah YA! Sebabnya flagship Apple ni memegang nilai kerana kebolehgunaannya untuk jangka masa yang panjang.

Malah, jika anda menjual iPhone 11 untuk mendapatkan iPhone 12, kerugiannya adalah sangat sedikit. 


MagSafe yang serba canggih

Salah satu ciri yang tidak dipandang bagi iPhone ialah MagSafe. Ia di diperkenalkan bersama dengan barisan model iPhone 12, MagSafe telah mengubah sambutan terhadap aksesori telefon. Anda boleh memasukkannya ke pemegang MagSafe bersama dengan pengecas, powerbank, dompet dan banyak lagi. Mudah, kan?

Bayangkan, anda tidak perlu risau untuk bertanya "erm adakah anda mempunyai kabel Apple?" dengan adanya pengecasan MagSafe tanpa wayar. 


Kuasa pemprosesan

Cip Bionic A14, walaupun dah berusia 3 tahun, terbukti masih beroperasi pada tahap optimum, membuatkan pengalaman gaming bermain Mobile Legends, PUBG dan Genshin Impact dilakukan tanpa sebarang tanda-tanda lagging. Selain gaming, anda juga akan perasan peningkatan yang responsif bila anda lakukan tugas seperti mengambil gambar, melancarkan app dan menghungkannya dengan Apple Watch.  

Satu-satunya kelemahan ialah RAM 4GB yang terhad, yang menjadi jelas apabila anda menggunakan banyak app pada satu masa.


Kamera yang serba boleh

Kalau digunakan untuk mengambil gambar aktiviti harian, kamera iPhone 12 berfungsi dengan baik sekali. Kalau dibandingkan dengan gambar yang diambil menggunakan iPhone 13 dan 14, perbezaannya tidaklah begitu ketara. Perkara yang sama boleh dikatakan untuk kamera depan 12 megapixelnya. Dengan adanya Smart HDR 3, kameranya disesuaikan secara automatik untuk menangkap gambar dalam pelbagai pencahayaan. 

Namun, kelemahan kamera menjadi lebih jelas kalau berada dalam keadaan yang lebih gelap. Pengambilan video juga tidak begitu stabil jika dibandingkan dengan iPhone 13 dan 14. Walaupun begitu, kamera iPhone 12 mengatasi kebanyakan telefon mid-range dan juga beberapa flagship pada hari ini. Kelemahan ini tidaklah begitu ketara, melainkan anda adalah seorang jurugambar profesional.


Nota akhir

Walaupun pada tahun 2023, iPhone 12 kekal sebagai flagship yang serba boleh disebabkan oleh prestasinya yang lancar, reka bentuk yang moden dan nilai yang tiada tandingan. Satu-satunya kelemahan yang kita lihat ialah RAM rendah dan hayat bateri suboptimal. Namun begitu, jelas sekali bahawa kebaikan yang dimilikinya jauh mengatasi kelemahannya.

Sebagai satu model yang dah berusia 3 tahun, mana-mana pakar telefon mencadangkan supaya anda membeli iPhone 12 terpakai. Dan salah satu platform yang anda boleh percayai pastinya di shop.compasia, di mana anda akan temui telefon terpakai berkualiti tinggi dengan harga yang anda akan suka!

Leave a comment

All comments are moderated before being published