Perasan tak hampir setiap tahun negara kita pasti dilanda jerebu? Fenomena langit yang gelap dan kelihatan berasap ini biasanya berlaku pada pertengahan tahun, dan menjadi punca utama pencemaran dan punca macam-macam penyakit. Jadi, apakah yang korang tahu tentang fenomena ini?
Apa itu jerebu?
Jerebu terjadi apabila kehadiran partikel-partikel kecil di atmosfera sehingga menghalang cahaya matahari dan menggelapkan suasana. Ia biasanya berlaku pada musim kemarau, atau berlakunya pembakaran terbuka yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada kualiti udara dan alam sekitar.
Apakah punca yang menyebabkan jerebu?
Jerebu berlaku disebabkan oleh faktor semulajadi atau aktiviti manusia, yang mana ia meliputi kawasan hutan, lautan serta permukaan tanah. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fenomena jerebu kebanyakannya berpunca daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka, pembakaran hutan, pembebasan bahan api fosil dari kilang dan asap kenderaan.
Di Malaysia, kejadian ini biasanya berpunca daripada pembakaran haram yang kerap dilakukan pada sekitar bulan Julai hingga Oktober. Tanah yang dibakar dapat dijual pada harga yang lebih tinggi, dan ia juga boleh digunakan untuk pelbagai industri terutamanya penanaman kelapa sawit. Kaedah ini juga dianggap sebagai alternatif yang lebih mudah berbanding kerja-kerja menebang yang menggunakan mesin dan penggali.
Apa yang patut dilakukan untuk elak kesan langsung jerebu?
- Kurangkan aktiviti rekreasi di luar rumah. Jika perlu keluar rumah, pakai pelitup muka jenis N95 jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.
- Pantau status kualiti udara di kawasan korang berada untuk periksa kawasan yang berisiko melalui aplikasi di smartphone korang.
- Bagi individu yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi (pesakit asma, kanak-kanak atau warga tua dll), amat penting untuk korang tingkatkan langkah penjagaan kesihatan dan pantau paras IPU dan pencemaran udara di kawasan sekitar.
- Pastikan korang meminum air dengan banyak dan amalkan diet sihat serta kurangkan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan gula.
- Mandi dengan lebih kerap. Kalau keadaan tidak mengizinkan, basuh muka dan bahagian badan yang selalu terdedah kepada pencemaran dengan air yang bersih.
- Muat turun app cuaca ke smartphone dan periksa keadaan cuaca dengan kerap supaya korang dapat rancang aktiviti luar rumah dan elak cuaca buruk yang boleh mempengaruhi kesihatan.
- Sentiasa rujuk laman info sihat supaya korang boleh akses maklumat, buat keputusan yang lebih baik untuk tingkatkan kesejahteraan dan pelihara kesihatan.
- Gunakan aircond atau kipas semasa berada di rumah atau dalam kereta. Korang dinasihatkan supaya selalu menukar atau servis penapis udara yang sudah kotor.
- Semasa memandu, korang dinasihatkan untuk menggunakan penghawa dingin dalam mod “recirculating”.
- Gunakan penapis udara yang memiliki penapis high-efficiency particulate air (HEPA) yang boleh mengeluarkan sekurang-kurangnya 99.97% partikel di udara.
Sekiranya korang alami simptom seperti selesema, alahan hidung, sakit tekak, kegatalan mata dan batuk, pastikan korang pergi ke klinik atau farmasi berdekatan untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.
Nota akhir
Secara keseluruhannya, andai kata korang ingin kurangkan kesan langsung jerebu terhadap kesihatan, pastinya pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Kita seharusnya belajar lebih banyak tentang jerebu supaya kita amalkan langkah-langkah pencegahan dan seterusnya kurangkan pencemaran kepada alam sekitar.
Dengan adanya teknologi, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di dalam rumah, tanpa buat korang rasa bosan. Muat turun aplikasi seperti Netflix atau permainan game untuk luangkan masa bersama keluarga. Di Shop.CompAsia, korang boleh dapatkan gajet tanpa perlu berbelanja lebih. Jangan ketinggalan untuk melihat tawaran hebat yang sedang berlangsung dan dapatkan peranti terpakai di e-store kami sekarang!