5 Tips Untuk Beli Hadiah Sempena Hari Raya Tahun Ini _CompAsia Malaysia

Selain dari sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya, satu tradisi yang sangat digemari semasa Hari Raya adalah memberi hadiah. Ini sebenarnya salah satu cara untuk tunjuk rasa kasih kepada keluarga, saudara mara dan tak lupa sahabat handai. Tapi bagi sesetengah orang, bukan mudah untuk mereka memutuskan hadiah apa yang sesuai untuk dibeli.

Dalam artikel kali ini, kami telah senaraikan beberapa tips yang korang boleh pertimbangkan kalau nak beli hadiah raya tahun ni. Semoga artikel ini dapat memberikan inspirasi kepada korang yang masih mencari-cari hadiah yang perfect untuk orang-orang tersayang.

 

Teruskan tradisi memberi Kad Hari Raya

Tidak ada yang lebih klasik dan bernilai sentimental daripada kad raya sebab ia ni sebenarnya simbol tradisi yang susah untuk diganti. Mana tidaknya, ramai generasi muda yang tak pernah rasa excitement terima kad raya. 

Jadi, tak salah kalau kita jadikan tradisi ini sebagai trend supaya ia tak hilang ditelan zaman. Dengan macam-macam design dan ucapan yang kreatif, ia pasti buat syawal tahun ni lebih bermakna saat korang sampaikan salam syawal kepada keluarga, sahabat, dan orang tersayang.

 

Set Kosmetik sebagai “Gift Box” Raya

Setiap kali Hari Raya tiba, mana lengkap kalau korang tak ber-OOTD dengan keluarga dan saudara mara, kan? Percayalah, pagi raya nanti group WhatsApp atau media sosial mesti penuh dengan gambar sebab nak tunjuk glow-up dan baju raya masing-masing.

Kalau yang tersayang tu kaki make-up, apa kata hadiahkannya satu set kosmetik "gift box"? Cari produk yang natural dan selamat seperti The Body Shop atau Kiehl's. Nak lebih berkesan, berikan hadiah itu beberapa hari sebelum raya, barulah cukup masa untuk si penerima dapatkan rupa yang berseri pada pagi raya nanti.

 

Hadiahkan Duit Raya Cara Moden

Masih ingat lagi anda berkunjung ke rumah jiran untuk kumpul duit raya semasa anda masih kecil? Memang seronok, kan! Duti raya diberikan kepada kanak-kanak dan remaja sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang, dan amalan ini masih menjadi tradisi sampai sekarang, biarpun caranya agak berbeza.

Baik dengan angpau raya atau aplikasi perbankan yang boleh dimuat turun ke smartphone seperti iPhone 13 atau Google Pixel Pro 6, memang tak menjadi masalah untuk korang hadiahkan duit raya kepada sanak saudara. Nanti lebih erat silaturrahim dan hubungan kekeluargaan dengan orang yang kita kasihi.

 

Teruskan Tradisi Memberi Kuih Raya

Kuih raya memang jarang dijadikan sebagai hadiah dek dunia dicakup kemodenan, terutamanya kuih muih tradisi. Tapi kalau si penerima tu memang kaki makan dan penggemar kuih tradisi, memang wajib korang beri hadiah ni untuk memanjakan lidah si penerima. 

Kuih raya tradisi juga pastinya akan menggambit nostalgia masa dahulu, membuatkan hadiah ini pilihan yang tepat untuk memberikan keceriaan dalam merayakan momen istimewa orang tersayang.

 

Lengkapkan Raya dengan Set Baju Raya Baharu

Bila raya dah dekat, semua orang masing-masing sibuk nak cari baju raya supaya kelihatan cantik dan segak pada hari kemenangan nanti. Jadi, dengan menjadikan set baju raya sebagai hadiah sempena hari tersebut adalah pilihan yang baik kerana ia memberikan kegembiraan dan membantu meraikan suasana bermaaf-maafan di antara keluarga dan rakan-rakan.

Kalau nak tampak lebih anggun, padankan baju raya dengan aksesori-aksesori seperti anting-anting, kalung dan smartwatch. Pastikan cukup syarat OOTD korang tu insta-worthy!

 

Nota Akhir

Pada musim Raya ni, tradisi memberi hadiah kepada orang paling rapat memang patut kita teruskan. Meskipun Hari Raya dah makin dekat, korang sebenarnya tak perlu kalut untuk cari gajet baru untuk dijadikan hadiah. Nak jimat, beli je gajet second-hand! Korang bukan saja boleh berjimat, malah kualiti gajet pon terjamin. Tapi dengan syarat korang beli dari platform yang bertauliah!

Nak dapatkan pelbagai tawaran menarik dan gajet yang terjamin? Di shop.compasia, semua gajet yang dijual telah diperiksa dengan kawalan kualiti 32-langkah dan disertakan dengan jaminan sehingga 12 bulan. Jadi, korang tak perlu nak risau kalau gajet yang korang beli tu ada masalah nanti! Selamat Hari Raya!

Leave a comment

All comments are moderated before being published