5 tempat anda boleh lawati untuk semarakkan semangat kemerdekaan

Hari Kemerdekaan diraikan pada 31 Ogos, manakala Hari Malaysia pula disambut pada 16 Ogos setiap tahun.


Adakah anda masih ingat tradisi yang kita selalu buat pada 31 Ogos semasa zaman kanak-kanak? Sesetengah daripada kita pasti pernah kayuh basikal dengan penuh semangat dan kibarkan jalur gemilang di basikal, dan ada pula yang menghiasi diri dengan hiasan bercorak bendera.

Sama seperti musim, budaya juga turut mengalami perubahan. Walaupun adat budaya pada hari ini berbeza, kita sering merenung tentang masa-masa kita masih kecil, bertanya-tanya sama ada kita benar-benar dapat menjaga saat-saat yang sangat berharga itu.

Pada hari ini media sosial dianggap adalah alat yang sangat berkuasa, jadi tak hairanlah kalau ramai yang sanggup menghabiskan masa dan duit dalam mencari lokasi yang paling Instagrammable untuk bergambar Hari Kemerdekaan, kan? Jadi, teruskan membaca kalau anda nak tahu 5 lokasi insta-worthy di seluruh Malaysia di mana anda boleh kunjungi dan semarakkan lagi semangat kemerdekaan anda.


Tugu Negara, Kuala Lumpur

Kepentingan sejarah Tugu Negara sememangnya bukan satu rahsia kerana ia didirikan sebagai tanda pengingatan kepada tentera-tentera kita yang berani berjuang untuk Tanah Melayu semasa Perang Dunia I, Perang Dunia II, dan tempoh Darurat Tanah Melayu.

Arca patung gangsa yang monumental ini menunjukkan seorang askar yang sedang memegang Jalur Gemilang. Ia telah diukir oleh Tan Sri Felix de Weldon dan diperkenalkan pada 6 Februari 1966. Ia bukan hanya sekadar dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang ulang tahun ke-62 beliau jatuh pada hari yang sama, tetapi juga sebagai hadiah kepada rakyat Malaysia, menandakan kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia.

Lokasi: Taman Tugu, Kuala Lumpur


Memorial Pengisytiharan Merdeka & Independence Obelisk Stone, Melaka

Memorial Pengisytiharan Merdeka ditubuhkan pada tahun 1912, dan ia asalnya menempatkan pusat sosial British semasa zaman penjajahannya di Tanah Melayu iaitu Malacca Club. Memorial ini dirasmikan pada 31 Ogos 1985 oleh Perdana Menteri pertama kita, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tapak bersejarah ini telah direnovasi untuk memaparkan perkembangan Malaysia dari awal kemerdekaan hingga pembangunan moden pada hari ini.

Independence Obelisk Stone pula adalah tempat bekas Komisioner Residen British terakhir Melaka, HG Hamment, menyerahkan watikah kemerdekaan kepada Tun Leong Yew Koh pada 31 Ogos 1957, yang telah diangkat sebagai gabenor.  

Kedua-dua tempat bersejarah ini terletak di Padang Pahlawan, Melaka.

Lokasi: Padang Pahlawan, Melaka


Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada tahun 1894, dan dinamakan sempena Sultan Selangor yang berkuasa pada masa itu. Senibinanya dihargai kerana gabungan elemen reka bentuk barat, moor dan gotik.

FYI, bangunan ini sebelumnya pernah menempatkan Kementerian Maklumat dan tiga mahkamah atasan Malaysia. Tapi bangunan itu lebih diingati sebagai tempat di mana bendera Union Jack diturunkan selepas pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957. Selain daripada latar belakang sejarahnya, ia juga dianggap sebagai tempat popular untuk lepak dan makan, terutamanya pada waktu malam.

Lokasi: Jalan Raja, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Kalau anda nak tahu, Muzium Tentera Darat di Port Dickson adalah muzium tentera terbesar di Malaysia. Ia mempamerkan pelbagai artifak dan replika bersejarah, merangkumi zaman pencerobohan Portugis hingga perjalanan kita menuju kemerdekaan.

Di sana, anda boleh tengok sejarah peperangan dan pengorbanan yang dibuat oleh askar-askar kita, terutamanya usaha berani mereka menyelamatkan askar-askar Amerika semasa Battle of Mogadishu. Naratif pertempuran ini menjadi inspirasi untuk filem 'Black Hawk Down' yang popular pada tahun 2002.

Lokasi: Port Dickson, Negeri Sembilan


Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Perjalanan merdeka anda akan tidak lengkap tanpa lawatan ke Menara Berkembar Petronas. Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, menara ini telah dinobat sebagai menara berkembar tertinggi di dunia, yang kekal tanpa saingan sejak tahun 1996.

Dibuat dari keluli tahan karat dan kaca, reka bentuknya mencerminkan corak tenunan kraf tempatan Malaysia. Reka bentuk lantainya pula menyerupai corak geometri Islamik dua segi bersilang, membentuk bintang lapan segi.

Anda inginkan satu kelainan untuk trip kali ni? Naik je ke dek pemerhatian di tingkat 86 dan Sky Bridge Menara Berkembar Petronas di mana anda boleh tengok panorama bandar KL. Selain itu, menara ini mempunyai muzium mini yang memaparkan asal usul dan konsep di sebalik keajaiban senibina ikonik ini.

Lokasi: Pusat Bandar Kuala Lumpur


Nota Akhir

Bagi kita rakyat Malaysia, kita patut selalu bersyukur kerana masih berpeluang mengunjungi lokasi-lokasi menarik ini dengan semangat dan rasa bangga. Mengunjungi tempat-tempat ini semasa bulan kemerdekaan adalah cara yang terbaik untuk menghayati sejarah negara kita yang kaya, dan untuk mengingati pengorbanan yang telah membawa kepada kemerdekaan.

Berkat perkembangan teknologi, menyimpan gambar sebagai kenangan telah menjadi suatu yang sangat mudah. Dengan pelbagai pilihan teknologi yang mesra bajet yang ada di Shop.CompAsia, anda boleh membeli peranti terpakai yang baik seperti baru dan berkualiti  tanpa perlu berbelanja lebih! Terokai tawaran yang ada di kedai e-store kami hari ini!

Leave a comment

All comments are moderated before being published