5 Sebab iPad Pro (2022) Masih Menarik Perhatian Pada 2024

Dunia teknologi bergerak dengan pantas, dan dengan pelancaran iPad Pro (M4) baru-baru ini, kami pasti ramai yang ‘tergoda’ untuk menaik taraf peranti mereka. Biarpun siri Pro itu sememangnya menarik, namun anda tidak seharusnya mengabaikan model terdahulu dengan begitu sahaja. Dalam artikel kali ini, kami telah senaraikan lima sebab mengapa iPad Pro (2022) kekal relevan pada tahun 2024!


Kuasa di sebalik Cip M2

Kekuatan utama iPad Pro terletak pada cipnya. Walaupun M4 menawarkan beberapa peningkatan dalam prestasinya, cip M2 dalam model 2022 tidak boleh dipandang remeh. 

Walaupun M4 sudah ditambahbaik berbanding M2, namun perbezaan sebenar mungkin tidak begitu ketara bagi kebanyakan pengguna. Sama ada anda seorang yang selalu menyunting foto beresolusi tinggi dalam Photoshop atau seorang gamer yang memerlukan permainan grafik yang intensif, M2 menyediakan kuasa yang anda perlukan!


Paparan menakjubkan Liquid Retina

Satu aspek di mana kedua-dua model iPad Pro 2022 dan 2024 menonjol adalah paparan mereka. Paparan Liquid Retina dengan teknologi ProMotion ini boleh dikatakan sebagai satu ‘keajaiban’ kerana panel beresolusi tinggi ini memberikan visual yang menakjubkan, hitam yang mendalam, dan warna yang terang, menjadikannya satu pilihan yang sempurna tidak kira untuk menonton filem, melayari web atau menyunting foto.

Paparan iPad Pro 2022 juga masih kekal di antara yang terbaik. Kadar segar semula 120Hz ProMotionnya menjadikan penatalan dan animasi begitu lancar, meningkatkan pengalaman anda semasa menggunakannya.


Jangka hayat bateri sehingga 10 jam

Hayat bateri adalah faktor penting jika anda ingin membeli peranti mudah alih, dan iPad Pro 2022 adalah salah satu pilihan terbaik dalam aspek ini. Menurut Apple, ia mampu bertahan sehingga 10 jam tanpa perlu dicas semula - cukup untuk digunakan seharian di tempat kerja atau menemani anda dalam penerbangan yang panjang. Anda boleh melayari web, menyunting dokumen, menstrim video, atau bermain permainan tanpa perlu risau tentang pengecasan berterusan.


Rakam setiap butiran dengan sistem kamera Pro

iPad Pro 2022 bukan sahaja tentang kuasa pemprosesan dan visual yang cantik; ia juga mempunyai sistem kamera yang serba boleh. Kamera TrueDepth hadapan sempurna untuk persidangan video dan selfie, manakala dual rear cameras (wide dan ultrawide) membolehkan anda menangkap foto dan video yang menakjubkan.


Walaupun anda mungkin berharap ia memiliki lebih spesifikasi, sebenarnya sistem kamera iPad Pro 2022 adalah lebih daripada mencukupi untuk kebanyakan keperluan harian. Anda boleh mendokumentasikan momen penting, mengimbas dokumen, atau membuat content  asas untuk media sosial tanpa perlu membawa kamera berasingan.


Keserasian iPadOS untuk jangka masa yang panjang

Apple sangat terkenal dengan sokongan perisian jangka panjang bagi perantinya, dan iPad Pro 2022 adalah tidak terkecuali.

Ia sepenuhnya masih serasi dengan kemaskini iPadOS terkini, memastikan anda mempunyai akses kepada ciri serta fungsi terbaru untuk produktiviti dan kreativiti yang dipertingkatkan. Dengan jaminan ini, anda tidak akan ketinggalan dengan ciri-ciri terbaru iPadOS di mana anda boleh anda memanfaatkan sepenuhnya potensi iPad Pro 2022 anda.


Gabungan kuasa dan kebolehmilikan

Pasti ramai yang sudah masak dengan trend pengeluar peranti seperti Apple, Samsung dan pengeluar-pengeluar lain. Setiap kali model terbaru dipasarkan, harga model sebelumnya pasti dikurangkan.

Jadi, bagi anda yang berpendapat bahawa prestasi M2 adalah lebih daripada mencukupi dan penjimatan kos hasil daripada penurunan harga itu, iPad Pro 2022 adalah pilihan yang terbaik selepas iPad Pro 2024.


Penjimatan sehingga 50% di Shop.CompAsia!

Kami faham, perbezaan harga di antara model terdahulu dan terbaharu boleh menjadi faktor penting bagi pembeli yang mengutamakan bajet. Bagi anda yang tidak ingin ketinggalan dalam memiliki peranti yang boleh membantu anda dalam produktiviti dan hiburan, anda boleh berkunjung ke laman e-stor kami, Shop.CompAsia!


Dengan penjimatan sehingga 50% berbanding dengan harga peranti baru, kami pasti poket anda tidak akan ‘menangis’ dengan macam-macam penjimatan yang anda dapati di e-stor kami. Lihat koleksi iPad kami di sini!

Leave a comment

All comments are moderated before being published