Di Shop.CompAsia, kami berbangga dengan khidmat susulan pelanggan selepas jualan kami sebab pada pendapat kami, apabila pelanggan berpuas hati dengan pembelian mereka, kami turut berasa demikian. Setiap peranti yang kami jual wajib lalui kawalan kualiti 32-langkah untuk memastikan ia berfungsi dengan 100% dan kesihatan bateri adalah sekurang-kurangnya 80%. Tetapi walaupun pemeriksaan sudah dilakukan dengan hati-hati, masalah yang tidak terjangka masih boleh berlaku. Walau bagaimanapun, kalau anda telah membeli peranti daripada kami, anda tidak perlu risau sebab ia telah disertakan dengan jaminan.
Seterusnya, ia membawa kita kepada persoalan apa yang anda dapat dalam jaminan tersebut, dan apakah perbezaan di antara Extended Warranty dengan Replace Plus. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini!
Apakah Extended Warranty dan Replace Plus?
Extended Warranty dan Replace Plus adalah perkhidmatan tambah nilai (value-added services) yang boleh anda beli bersama dengan mana-mana peranti yang anda beli dari Shop.CompAsia. Secara mudahnya, Extended Warranty meliputi kos pembaikan, manakala Replace Plus menawarkan gantian peranti.
Apa yang anda dapat setelah membuat pembelian?
Secara standardnya, setiap peranti yang dibeli dari shop.compasia sudah dilengkapi dengan jaminan 1 bulan secara percuma. Dengan ini, anda mendapat perlindungan yang sama seperti yang ditawarkan oleh Extended Warranty. Anda kemudiannya boleh memilih untuk melanjutkan Extended Warranty kepada 6 atau 12 bulan atau Replace Plus sebagai tambahan.
Apa yang dilindungi?
Untuk Extended Warranty, anda mendapat pembaikan secara percuma jika ada kecacatan pengeluar (manufacturer’s defects). Ini bermaksud, ia tidak termasuk kerosakan yang tidak disengajakan seperti cermin yang pecah atau peranti yang bengkok.
Jika peranti anda selalu jatuh, kami cadangkan anda mendapatkan Replace Plus sebab ia melindungi kerosakan yang tidak disengajakan. Selagi anda masih memiliki peranti bersama anda, anda boleh menukarnya untuk peranti lain sebagai ganti yang sama jenama dan model.
Berapakah kos penuh?
Kedua-dua Extended Warranty dan Replace Plus mempunyai kadar bayaran yang berbeza, bergantung pada model peranti yang anda beli. Untuk kedua-dua servis ini, anda perlu membayar fi yang dinyatakan semasa semasa membeli peranti tersebut.
Untuk Extended Warranty, tiada kos tambahan yang anda perlu bayar apabila anda menghantar peranti untuk dibaiki sepanjang tempoh perlindungan.
Untuk Replace Plus pula, anda perlu membayar fi perkhidmatan jika anda ingin mendapatkan peranti gantian. Untuk pengetahuan anda, anda boleh dapatkan satu peranti gantian bagi setiap 6 bulan semasa dalam tempoh perlindungan.
Berapa lamakah masa pemulihan?
Purata masa untuk pembaikan adalah selama 7 hari bekerja untuk Extended Warranty dan 3 hari bekerja selepas pembayaran fi perkhidmatan untuk Replace Plus.
Peringatan
Peranti yang boleh berfungsi dengan baik adalah satu keperluan. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menjadi satu beban yang akan spoil your whole day, betul tak? Nasib baik, kini anda boleh menyelesaikannya dengan mendapatkan penjagaan peranti yang menjimatkan dan mudah. Pastikan anda memilih Extended Warranty atau Replace Plus semasa membuat pembayaran di Shop.CompAsia.