5 jenis penyimpan peranti

Semasa anda membersihkan rumah menjelang Hari Raya nanti, anda patut mempertimbangkan menukar beli telefon bimbit yang tidak digunakan ke dalam senarai kerja anda. Tahun lalu, MCMC mendedahkan bahawa hanya 20% pengguna telefon pintar menjual peranti lama mereka apabila menaik taraf peranti mereka. Dan pada pendapat kami, itu adalah angka yang agak rendah!

Sekarang, luangkan sedikit masa dan renungkan: Adakah anda masih menyimpan telefon pertama anda, tersembunyi di dalam kotak kasut di bawah katil atau mengumpul habuk di atas rak? Jika anda tidak merancang untuk menggunakannya, anda mungkin seorang pengumpul telefon - dan anda tidak sendirian! Teruskan membaca jika anda ingin tahu anda jenis pengumpul peranti yang mana satu.

 

Si pemurah hati

Ia adalah satu situasi yang ramai pernah alami - seorang kakak yang ingin memberikan telefon lamanya kepada adiknya, atau mungkin seorang Uncle Cool yang ingin berikan peranti lamanya kepada anak saudara perempuannya, yang masih menggunakan iPhone 4S. Senang cakap, memberikan nafas baru kepada peranti yang tidak digunakan kepada seseorang yang masih menggunakan telefon lama.

Walaupun itu adalah satu tanda kasih yang pasti buatkan mereka lebih menyayangi anda, masih ada satu opsyen yang anda boleh pertimbangkan: iaitu menukar beli peranti tersebut, dan kemudiannya menggunakan wang yang anda dapat untuk membeli peranti terpakai yang lebih terkini. Dengan banyak pilihan yang tersedia, seperti aplikasi CompAsia kami, menukar beli peranti bukan lagi satu perkara yang melecehkan.

 

Si pengawal keselamatan

Telefon pintar boleh dianggap sebagai teman kita yang paling rapat. Mereka merakam setiap saat, dari yang baik, yang buruk, yang lucu dan pastinya yang memalukan! Rasa bimbang ia akan dimiliki oleh orang lain, dan kemudiannya menjadi meme di Mgag, atau lebih teruk lagi, gambar anda berada di tangan yang salah, membuat si pengawal keselamatan ini menyimpan telefon mereka sampai bila-bila.

 

Si sentimetal

Anda masih menyimpan telefon yang dibeli dengan gaji pertama anda? Ataupun masih menyimpan telefon yang diberikan oleh bekas kekasih yang oh-sangat-gojes? Ugh! Si sentimental selalunya mempunyai ikatan emosi dengan telefon mereka yang penuh dengan kenangan, dan mungkin turut memanggilnya dengan nama bekas kekasih seperti 'Luna'. Dan tidak kiralah nama apapun, melepaskan peranti tersebut boleh dikatakan agak mustahil.

 

Si mungkin nanti

Ingin menjaga persekitaran, tapi hanya pandai bercakap sahaja - si mungkin nanti ini mengumpul telefon yang tidak digunakan dengan niat untuk menukar beli! Malangnya, perjalanan singkat ke kedai jelas sekali tidak terjadi!

Ini tip untuk anda: Muat turun aplikasi tukar beli peranti dari App Store atau Google Play Store untuk menilai nilai peranti anda. Mungkin setelah mengetahui nilai mereka, anda akhirnya bersedia untuk membawa peranti-peranti tersebut untuk ditukar beli!

 

Si teknofil

Teknofil atau ‘technophile adalah peminat teknologi dan peranti moden, dan biasanya menjadikan peranti sebagai satu-satunya minat mereka. Mereka membeli setiap peranti yang dikeluarkan, dan berasa senang hati melihat penambahbaikan dari satu generasi ke generasi berikutnya. Mereka menyimpan peranti-peranti tersebut, dan beranggapan bahawa menukar beli peranti atau menghadiahkannya kepada orang lain selepas jangka masa tertentu adalah tidak munasabah.

 

Aplikasi CompAsia - pilihan tukar beli peranti anda!

Sama ada anda seorang penyimpan peranti atau tidak, mengumpul telefon bimbit yang tidak digunakan bukanlah satu kebiasaan yang produktif. Bayangkan, anda mendapat sedikit wang tambahan untuk membeli peranti terbaharu atau peranti terpakai yang lebih canggih hasil daripada tukar beli tersebut, kan bagus?

Bagi kami, menukar beli peranti yang tidak digunakan adalah sangat menguntungkan, bukan sahaja untuk alam sekitar, bahkan untuk poket anda juga. Untuk ketenangan fikiran anda juga, semua peranti yang ditukar beli kepada kami akan diperiksa dengan kawalan kualiti 32-langkah, dan semua data akan dipadam mengikut standard industri. Jadi, muat turun aplikasi CompAsia dan alami sendiri cara tukar beli yang mudah dan pantas di sini!

Leave a comment

All comments are moderated before being published