5 Inovasi Terbaru Dari Google Sempena Acara Made by Google 2024

Baru-baru ini, Google melancarkan beberapa inovasi terbarunya di acara ‘Made by Google’. Dari siri Pixel 9 yang canggih hingga Pixel Buds Pro 2 dan Pixel Watch 3 yang menawan, acara ‘Made by Google’ tahun ini mempersembahkan banyak teknologi terbaru yang menggabungkan kecanggihan AI generatif dengan kemaskini yang besar untuk Android. 

Jika anda terlepas acara ‘Made by Google’ tahun ini, jangan risau, di dalam artikel ini kami akan berkongsi ringkasan produk-produk terkini yang diperkenalkan oleh Google semasa acara tersebut.


Google Pixel 9

Source: Google

Pixel 9 adalah model standard dalam siri Pixel 9 dengan paparan Actua 6.3 inci dan 12GB RAM. Ia dilengkapi kamera hadapan 10.5MP dan dua kamera belakang (50MP wide, 48MP ultrawide). Harga bermula dari RM3,999 dengan pilihan warna Obsidian (hitam), Porcelain (putih), Wintergreen (hijau), dan Peony (merah jambu muda).


Google Pixel 9 Pro dan Google Pixel 9 Pro XL

Source: Google

Model “Pro”  bagi Pixel 9 pula menampilkan saiz skrin yang sama tetapi menggunakan paparan Super Actua (dengan tahap kecerahan yang lebih tinggi berbanding skrin Actua). Ia juga hadir dengan 16GB RAM, 42MP kamera hadapan, dan tiga kamera belakang (50MP wide, 48 ultrawide, dan 48MP telephoto). Bagi anda yang memilih model ini, anda akan mendapat langganan Google One AI Premium selama setahun dengan akses kepada Gemini Advanced dan Gemini Live, serta 2TB cloud storage. Harga bagi Pixel 9 Pro bermula pada RM5,199 dan telefon ini tersedia dalam warna Obsidian (hitam), Porcelain (putih), Hazel (kelabu), dan Rose Quartz (merah jambu).


Model XL untuk Pixel 9 Pro pula menampilkan paparan Super Actua 6.8-inci yang lebih besar dan konfigurasi memori serta kamera yang sama. Harga bagi Pixel 9 Pro XL bermula pada RM5,699 dan tersedia dalam warna yang sama seperti Pixel 9 Pro.


Google Pixel 9 Pro Fold 

Source: Google

Versi ‘Fold’ untuk Pixel 9 hadir dengan paparan skrin luar 6.3 inci dan paparan skrin dalam Super Actua 8 inci. Bagi versi Pixel 9 Pro Fold ini, ia hadir dengan 16GB RAM, 10MP kamera hadapan, dan konfigurasi kamera yang sama seperti model Pixel Fold tahun lalu (48MP wide, 10.5MP ultrawide, dan 10.8MP telephoto). Buat masa ini, nampaknya Google masih tiada rancangan untuk membawa masuk Pixel Fold ke pasaran Malaysia, tetapi keadaan mungkin berubah bergantung kepada sambutan terhadap barisan Pixel 9.


Keempat-empat model Pixel 9 menggunakan cip Tensor G4, menawarkan hayat bateri melebihi 24 jam, menyokong ‘emergency SOS’ dengan amaran krisis, dan menerima kemaskini perisian dan keselamatan selama tujuh tahun.


Google Pixel Watch 3

Source: Google

Pixel Watch 3 tersedia dalam saiz 41mm dan 45mm, dengan skrin lebih terang dan reka bentuk nipis. Jam tangan ini menampilkan fitur Morning Brief yang menunjukkan skor kesediaan berdasarkan aktiviti hari sebelumnya. Ia juga dilengkapi sensor elektrik untuk kadar denyutan jantung, ECG, SpO2, konduktansi kulit (cEDA), dan suhu kulit.

Jika anda bercadang untuk mendapatkan Pixel Watch 3 ini, perlu diingat bahawa ia berfungsi dengan kebanyakan telefon pintar yang menggunakan Android 10.0 atau versi yang lebih baru. Harga bagi Pixel Watch 3 ini bermula pada RM1,849.


Pixel Buds Pro 2

Source: X:@tech_lagi

Selain daripada telefon pintar Pixel 9 dan Pixel Watch 3, Google juga memperkenalkan Pixel Buds Pro 2. Menurut Google, Pixel Buds Pro 2 direka untuk menjadi earbuds yang paling selesa dan earbuds pertama yang dilengkapi dengan Google Gemini.

Earbuds ini 24% lebih ringan dan 27% lebih kecil berbanding generasi sebelumnya yang dilancarkan pada 2021. Dilengkapi cip Tensor A1, earbuds ini menawarkan pembatalan bunyi aktif (ANC) dua kali lebih kuat dan pemprosesan multipath untuk bunyi yang mendalam. Pixel Buds Pro 2 akan hadir di Malaysia dengan harga RM1,099 dalam empat warna – Porcelain, Hazel, Wintergreen, dan Peony.


Nota Akhir

Sebagai penutup, pelancaran telefon pintar dan wearable terbaru dari Google ini pastinya mengujakan. Setiap inovasi dari Google direka untuk meningkatkan gaya hidup digital anda dengan cara yang lebih pintar dan efisien. 


Tetapi, jika anda ingin menikmati pengalaman menggunakan gajet canggih tanpa perlu berbelanja besar, anda boleh kunjungi CompAsia.my. Kami menawarkan pelbagai gajet menarik dalam keadaan yang terbaik. Dapatkan teknologi canggih pada harga yang lebih berpatutan, tanpa perlu berkompromi dengan kualiti!

Leave a comment

All comments are moderated before being published