Hari Kekasih merupakan satu tarikh keramat yang dinanti-nantikan oleh hampir kesemua pasangan di seluruh dunia. Intai sahaja mana-mana restoran atau tempat dating romantik, pastinya semua tempat itu sudah overbook menjelang tarikh 14 Februari pada setiap tahun.
Tidak dapat dinafikan yang kita perlu sentiasa menghargai pasangan biarpun pada hari-hari biasa. Namun Hari Kekasih pasti mempunyai aura tersendiri, dan kami yakin anda pasti ingin cipta kelainan untuk tunjuk rasa cinta pada mereka.
Bagi anda yang masih bingung mencari hadiah untuk diberikan pada hari istimewa tersebut, jangan risau! Dari jam tangan ke telefon pintar, kami telah sediakan senarai hadiah Hari Kekasih yang pasti akan buatkan pasangan anda terharu!
Kindle Paperwhite 5
Sumber: Amazon
Jika pasangan anda adalah seorang kaki buku, kami yakin hadiah ini pasti akan membuatkan si dia jatuh cinta sekali lagi pada anda. Kindle Paperwhite merupakan reader berskrin 6.8” kalis air yang pasti dapat buat dia nikmati hobi tanpa rasa bimbang.
Selain itu, jutaan buku dan audiobook dapat diakses dengan mudah melalui langganan Kindle Unlimited. Caj langganan adalah lebih kurang RM63 sebulan disertakan dengan akses percuma selama 30 hari.
RRP: RM499 - RM1,099
Apple Watch SE
Bagi anda yang mempunyai pasangan yang sering kali lambat atau selalu mengejar masa, jam tangan pintar merupakan hadiah yang sangat sesuai untuknya!
Dia dapat tetapkan peringatan di app Reminder pada Apple Watch, dan dengan notifikasi yang diterima dia pasti tidak lupa lagi. Paling berguna bila dia selaraskan notifikasi tersebut dengan peranti lain yang menyokong iOS seperti iPhone, iPad atau MacBook - dengan syarat peranti itu dilog masuk menggunakan Apple ID!
Mana tahu dengan memakai jam tangan ini setiap masa, pasangan anda boleh mengubah sikap buruknya!
RRP: dari RM1,199
PowerBeats Pro
Dengan bunyi yang hebat dan petikan bass yang mampu membuatkan hati anda bergetar, PowerBeats Pro pasti menjadi hadiah yang didambakan oleh pasangan anda.
Jika anda ingin tahu, earbud ini adalah kalis peluh. Reka bentuknya yang bercangkuk membuatkan ia sangat stabil dan selesa dipakai pada bila-bila masa biarpun semasa melakukan aktiviti lasak. Selain itu, apa yang membuatkan earbud ini sesuai dijadikan hadiah pada Hari Kekasih adalah ia turut hadir dengan pilihan warna merah dan merah jambu - sangat bertepatan untuk buktikan rasa cinta anda pada hari tersebut!
RRP: dari RM959
iPhone 13
Biarpun siri iPhone 14 telah menggantikan siri iPhone 13 lewat tahun lepas, tapi siri 13 masih dianggap never goes out of style!
Tidak banyak perbezaan dapat dilihat berdasarkan kepada fitur dan spek di antara dua peranti tersebut, menjadikan iPhone 13 pilihan yang sangat sesuai untuk diberikan sebagai hadiah.
Sebagai alternatif, anda boleh beli iPhone 13 terpakai yang tidak kurang hebatnya berbanding telefon baharu. Harga telefon terpakai pastinya lebih mampu milik, dan anda tidak perlu risau akan keadaan dan kualitinya. Dengan syarat anda beli daripada penjual yang bertauliah!
RRP: dari RM3,199
Samsung 10000mah Wireless Battery Pack
Sumber: Samsung
Andai kata pasangan anda sering bergayut atau sentiasa menggunakan telefon semasa bekerja, pasti ia sering kehabisan bateri. Jadi mengapa tidak anda hadiahkan Wireless Battery Pack dari Samsung untuk atasi masalah itu?
Pak bateri tanpa wayar ini telah diangkat sebagai salah satu powerbank yang terbaik, dan alternatif yang sangat berguna apabila dia perlu buat banyak kerja pada satu masa. Ia disertai dengan satu pad tanpa wayar (wireless pad) dan dua port pengecasan berwayar (wired-charging ports) yang mana ia dilengkapi dengan keupayaan pengecasan pantas 25W.
Jadi kami pasti dia tidak boleh bagi alasan telefon kehabisan bateri saat anda cuba hubunginya!
RRP: RM319
Ibarat kisah cinta Layla dan Majnun, kami pasti semua orang inginkan rasa cinta yang suci dari pasangan masing-masing. Oleh itu, anda perlu sentiasa pandai mengambil hati pasangan bagi memastikan kebahagiaan kekal hingga ke anak cucu.
Sekiranya anda ingin ambil hati pasangan dengan menghadiahkan peranti-peranti terpakai pada harga mampu milik yang terjamin kualitinya, apa kata layari laman shop.compasia.com? Kami pasti dengan pemberian tersebut, pasangan anda akan berasa sebagai insan yang sangat bertuah!