Pejam celik sekejap sahaja bulan Ramadan akan kembali membuka tirai untuk tahun ini. Rasa macam semalam sahaja umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa pada tahun lepas. Pada saat semua orang memasang pelbagai niat untuk menjalankan pelbagai ibadah, pasti tak lekang ramai daripada korang yang mencari app untuk dimuat turun ke telefon pintar supaya dapat bantu lakukan ibadah sebaik mungkin.
Bagi korang yang masih tertanya-tanya app mana yang perfect untuk dimuat turun sempena puasa, apa kata korang muat turun app kat bawah ni. Mana tahu dengan disiplin dan istiqomah yang korang amalkan menggunakan app berikut, bertambah-tambah lagi pahala di bulan yang barokah ni nanti.
Muslim Pro
Muslim Pro adalah aplikasi must-have bagi setiap umat Islam! Fiturnya yang serba cukup adalah sangat bermanfaat, di mana ia menawarkan jadual solat, panduan arah kiblat, berita terkini dan paling penting kiraan waktu sahur dan berbuka puasa. Boleh kata semuanya dah cukup lengkap!
Bagi korang yang berazam nak khatam al-Quran pada bulan puasa tahun ni, korang juga boleh akses salinan kitab al-Quran siap dengan terjemahannya. So tunggu apa lagi? Muat turun app ni awal-awal! Nanti takde la korang kalut ambil masa nak biasakan diri dengan fitur yang ada.
Muslim Kids Guide: Salah & Wudu
Bila sebut bulan puasa, jangan ingat ibu bapa je yang excited! Anak-anak pasti juga tak nak ketinggalan nak tunaikan ibadah pada bulan yang penuh berkat ini.
App Muslim Kids Guide ni sangat children-friendly yang mana ia menampilkan video grafik kanak-kanak mengambil wuduk dan melakukan solat 5 waktu. Paling menarik, anak-anak korang boleh tengok video dan audio tutorial step-by-step yang tersedia dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Arab dan Perancis.
Kalau mereka nak menghafal solat pun mudah! Fitur “Salah for Kids” ada button ulangan yang boleh memudahkan mereka tonton dan dengar berulang kali.
QalbyApp
Sejajar dengan namanya “qalby” yang bermaksud hati, app ini pasti memukau hati korang dengan rekaan antara muka yang moden dan kemas. Lebih best, ia tidak memaparkan iklan biarpun app ini adalah percuma.
Antara fitur yang tersedia dalam app ini adalah akses untuk doa-doa harian, peringatan waktu solat, panduan arah kiblat dan al-Quran. Salah satu fitur membezakan app ini dengan yang lain adalah fitur e-journal untuk korang buat planner. Jadi tak payah susah payah cari pen dan kertas lagi untuk catat aktiviti harian.
Kalau korang nak tahu, QalbyApp sebenarnya telah dilancarkan oleh Mizz Nina yang merupakan selebriti terkemuka tempatan. Ia dibangunkan oleh syarikat Eternal Rewards Sdn. Bhd. dan boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.
ShareTheMeal
Salah satu sebab kita diwajibkan berpuasa adalah supaya kita selalu ingat insan-insan yang kurang bernasib baik kat luar sana. Jadi, amalan bersedekah ni patut selalu kita amalkan untuk bantu mereka terutamanya pada bulan puasa!
ShareTheMeal merupakan app amal yang dicipta oleh World Food Program yang membolehkan korang sampaikan derma kepada yang sangat memerlukan. Korang boleh tetapkan derma seberapa lama yang korang nak, samada seminggu, sebulan atau lebih. Pilihan yang tersedia bergantung kepada kemampuan korang yang boleh dilakukan dengan hanya satu tap sahaja.
Dan korang tak perlu rasa ragu sebab korang akan dapat tengok ke mana dan pada siapa derma itu diberikan melalui telefon pintar korang je!
Halal Dining Club
Haa, kalau korang nak tau Halal Dining Club ni adalah app yang wajib ada kalau korang ni kaki travel yang tegar! Ia menyediakan macam-macam info tentang banyak restoran halal, tak kira la kalau korang kat negara serantau macam Singapura, Thailand mahupun di negara-negara barat seperti London, New York atau Paris.
Lebih-lebih lagi, korang boleh kumpul mata loyalti, tempah restoran dan baca review daripada pengguna lain. Ye la, review tu sangat penting! Sebagai rakyat Malaysia, kita sangat menitikberatkan perihal makanan. Takkan la korang nak order makanan yang tak best untuk berbuka. Tak baik membazir makanan!
Nota akhir
Memang tak dinafikan bahawa ada banyak lagi app lain yang boleh digunakan sepanjang bulan puasa nanti. Jadi, korang perlu la pandai-pandai cari app mana yang sesuai dengan taste dan keperluan korang.
Pada masa yang sama, korang kena juga pakai telefon pintar yang boleh menyokong app tersebut sebaik mungkin. Jangan pula asyik crash je! Kalau korang nak dapatkan telefon terpakai berkualiti yang macam baru dan berjimat pada bulan puasa ni, apa kata tengok kat shop.compasia.com? Setiap telefon diperiksa dengan kawalan kualiti 32-langkah yang jamin telefon tersebut takkan ada masalah bukan sahaja bila guna app kat atas, tapi mana-mana app lain!