5 Aktiviti Yang Anda Boleh Rancang Sempena Hari Ibu Bapa. _CompAsia Malaysia

Pasti ramai yang familiar dengan Hari Ibu dan Hari Bapa, kan? Tapi adakah korang tahu kita juga menyambut Hari Ibu Bapa?

Mesti ramai di kalangan kita dah tahu yang Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua, dan Hari Bapa pula disambut pada hari Ahad di minggu ketiga dalam bulan Jun setiap tahun, betul tak?

Tak kira apapun agama anutan kita, ibu bapa perlu sentiasa dihargai disebabkan oleh pengorbanan yang mereka lakukan dalam mendewasakan kita. Sebenarnya, sebagai seorang anak, kita bukannya perlu menunggu hari istimewa itu untuk menunjukkan penghargaan atas segala pengorbanan mereka, bahkan ia seharusnya dilakukan pada hari-hari biasa juga. 

Tapi tak salah kalau pada hari tersebut korang nak go the extra mile sikit, betul tak? Jadi,  kami senaraikan 5 aktiviti yang boleh korang rancang untuk sambut hari tersebut.


Hantar rakaman suara atau video ucapan

Dalam pada masa kita sibuk bekerja atau lalui kelas, kadang-kadang kita terlupa untuk ungkapkan that 3-letter word! Memang tak dapat dinafikan tidak mudah untuk sesetengah daripada korang untuk ungkapkan “I Love You” atau “Terima kasih, Mak/Ayah” dengan lantang, tapi sekarang dengan adanya smartphone itu tidak lagi jadi masalah besar. 

Hantar sahaja rakaman suara ucapan untuk ibu dan bapa korang! Bahkan boleh hantar video hari ibu bapa kalau korang terasa berani. Kalau rasa kekok, praktis dulu sebelum korang tekan “send”.

Outing makan tengah hari di restoran kegemaran

Masih ingat lagi tak masa kecil dulu, mesti korang masti selalu ajak ibu dan ayah pergi makan tengah hari kat KFC atau mana-mana restoran yang korang suka? Dah besar panjang ni, apa kata korang pula bawa mereka pergi restoran kegemaran mereka?


Jadi, sempena Hari Ibu Bapa ni tunjukkan rasa penghargaan kat hero-hero yang telah banyak bersabar hadapi tantrum dan pilihan hidup kita yang sangat questionable tu. Nak lebih happening, jangan serius sangat masa layan mereka. Inilah masa untuk tunjukkan penghargaan, bergurau senda dan mengimbau kenangan lama. Jangan tersedak makanan pula (jangan risau, boleh minta tisu nanti!)


Luangkan masa untuk memasak resepi kegemaran

Haa, untuk ibu dan bapa kita yang suka memasak tu, apa kata kita meluangkan masa dengan mereka yang boleh buat kita semua persoalkan kemahiran kita kat dapur? Gambarkan: adegan huru hara dengan periuk dan kuali yang berasap (oops!)! Mesti kecoh, kan? 

Paling penting, korang boleh ambil peluang ni untuk belajar tips memasak dari mereka. Rancang masa dan beli barang awal-awal supaya korang tak kalut nanti. Bersedialah untuk alami pengalaman memasak yang pasti jadi sejarah sambutan Hari Ibu Bapa paling menghiburkan korang pernah alami!


Berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga

Hari Ibu Bapa ni pasti tak lengkap kalau korang tak bersantai dengan family members, kan? Jadi, tak salah kalau korang rancang untuk berhimpun ramai-ramai yang pasti akan meninggalkan kenangan untuk diceritakan ke generasi akan datang. 

Bayangkan ruang tamu jadi dance floor untuk Pak Long tunjuk skill menari, dan Pak Ucu pula tonjolkan gerakan yang melawan graviti! Belum lagi tengok Mak Lang yang tengah sibuk bertanding dalam pertandingan kulinari dengan Mak Usu kat dapur. Pasti bikin rumah tu bergegar!

Tempat berhimpun pastinya akan dipenuhi dengan gelak ketawa yang pasti akan jadi kenangan bersama. Jadi, cepat ambil smartphone korang dan mula rancang sekarang, sebab sambutan Hari Ibu Bapa tahun ini pasti akan jadi yang ter-best!


Melawati tempat yang penuh kenangan

Selain itu, penting juga untuk kita mengimbau kembali pelbagai memori dengan membawa ibu bapa kita pergi ke tempat menarik di Kuala Lumpur yang tak dapat mereka lupakan. 

Sediakan mereka dengan pengalaman yang penuh dengan gelak ketawa semasa ayah cuba bergambar dengan gajah di zoo, atau lakonkan semula posing oh-so-bergaya ibu korang tepi kolam renang. Ia pasti akan menjadi satu peristiwa yang penuh dengan gelak ketawa dan jenaka yang selayaknya mendapat beberapa facepalm!


Nota akhir

Kita seharusnya selalu ingat bahawa kasih ibu bapa dibawa ke akhir hayat. Tidak kira apa yang kita lakukan, pastikan kita selalu membahagiakan dan mencipta kenangan indah bersama mereka. Kenangan tersebut seharusnya diabadikan, dan salah satu cara untuk mengabadikan kenangan tersebut adalah dengan menggunakan smartphone. 

Untuk pengetahuan korang semua, Shop.CompAsia menawarkan pelbagai smartphone terpakai yang sama seperti baharu pada harga yang sangat berpatutan. Jangan ketinggalan untuk dapatkan tawaran yang sedang berlangsung supaya korang boleh terus mencipta memori bersama orang tersayang.

Leave a comment

All comments are moderated before being published