4 update terbaru di WhatsApp Channels yang anda harus tahu

Sejak WhatsApp melancarkan fitur Channels pada Jun 2023, ia hanya menerima satu penambahan yang sangat tidak signifikan. Namun, WhatsApp kini bakal tampil dengan kemas kini terbaru untuk fitur Channels, antaranya penambahan klip suara dan perkongsian polls.

Dengan lebih daripada 500 juta pengguna aktif yang menggunakan fitur ini, ia  jelas menunjukkan yang ia sangat berguna dalam meningkatkan engagement - terutamanya untuk podcaster, selebriti, saluran berita, atau platform lain yang ingin berkongsi “updates” dengan followers. Dalam artikel ini, kami akan menyelami serba sedikit tentang kemas kini terbaru yang baru diumumkan.


Kemas kini klip suara

WhatsApp menyatakan bahawa penggunanya menghantar kira-kira 7 billion mesej suara setiap hari. Oleh itu, tidak sukar untuk kita faham mengapa Voice Updates ditambah ke WhatsApp Channels.

Setelah kemas kini dilancarkan, admin boleh berkongsi klip suara di fitur Channels mereka, manakala follower pula boleh memainkan klip pada peranti dan meninggalkan reaksi pada post tersebut. Caranya agak mudah, di mana admin boleh menghantar post, dan follower pula boleh meninggalkan reaksi mereka seperti fungsi sembang yang biasa.


Penambahan bilangan admin

Apabila fitur Channels dilancarkan, aplikasi WhatsApp hanya membenarkan seorang admin sahaja bagi setiap saluran. Namun, penambahan terbaru ke WhatsApp Channels akan membenarkan sehingga 16 admin yang boleh post gambar atau klip suara melalui peranti pintar seperti iPhone atau Samsung dengan mudah. Pada pendapat kami, biarpun penambahan admin adalah penambahan yang bagus, ia hanya berguna untuk saluran yang lebih besar.


Perkongsian poll

Satu lagi penambahan kepada WhatsApp Channels ialah ia membolehkan admin berkongsi poll dengan follower mereka. Tambahan ini adalah cara terbaik untuk berinteraksi di Channels selain hanya meninggalkan reaksi pada post. Pada pendapat kami, kemas kini adalah antara penambahan yang akan mendapat sambutan di antara fitur-fitur baru yang diperkenalkan.

Walaupun masih tidak jelas pilihan apa yang tersedia untuk admin di Channels, imej yang dikongsi oleh Meta mencadangkan bahawa poll mempunyai sehingga empat pilihan, dan pengikut pula boleh memilih lebih daripada satu pilihan.


Perkongsian post di “My Status”

Dan akhir sekali, follower untuk mana-mana WhatsApp Channels akan dapat berkongsi kemas kini ke status mereka. Prosesnya sangat mudah - anda hanya perlu tekan post dengan lama pada skrin peranti, kemudian pilih 'Forward,' diikuti dengan 'My Status'. Pada pendapat kami, daripada semua penambahan yang akan diperkenalkan, ianya merupakan kemas kini yang agak basic, dan mungkin digunakan oleh follower yang tegar sahaja.


Nota akhir

Memandangkan kemas kini dilancarkan secara menyeluruh di seluruh dunia, aplikasi WhatsApp di peranti kesayangan anda mungkin memerlukan sedikit masa sebelum kemas kini ini boleh digunakan sepenuhnya.

Sementara itu, berikut ialah beberapa Channels popular yang anda boleh ikuti jika anda inginkan berita terkini atau hiburan:

Leave a comment

All comments are moderated before being published