Perpustakaan di tangan anda
Seringkali telefon dikaitkan dengan media sosial, Netflix, dan lain-lain tabiat ketagihan yang tidak sihat. Namun, tidak semestinya telefon digunakan untuk ini sahaja. Telefon anda juga boleh menjadi alat untuk memupuk tabiat yang menyihatkan, seperti membaca. Anda bukan jenis menatap skrin berjam-jam? Apa kata anda dengarkan audiobook yang membolehkan anda menikmati buku secara pasif sambil melakukan tugas biasa seperti menyeterika atau ketika berjalan.
Aplikasi
Apabila menyentuh aplikasi berkaitan buku, Malaysia agak kekurangan dari segi kemudahan ini. Kita tidak mempunyai akses kepada aplikasi seperti Amazon Kindle Unlimited atau audiobook seperti Storytel. Ulat buku perlu membayar untuk dapatkan akses kepada buku pilihan dan kemungkinan agak  mahal dalam tempoh jangka panjang.
Terdapat permata yang tersembunyi, dan aplikasi tersebut dikenali sebagai Scribd. Walaupun ianya merupakan aplikasi ciptaan Amerika dan transaksi perlu dilakukan dalam bentuk USD, ia boleh didapati di Malaysia. Selain itu, aplikasi ini juga memberi anda akses ke beberapa majalah terbaru. Scribd seumpama ulat buku untuk Netflix dan berbaloi dengan yuran langganan 9.90 USD.
Tetapan
Menatap skrin anda terlalu lama boleh menimbulkan tekanan kepada mata anda. Cahaya biru yang dipancarkan dari peranti anda juga akan menyebabkan kesukaran untuk tidur. Ini berlaku jika anda cenderung membaca sebelum tidur. Walaupun kebanyakan telefon hari ini dilengkapi dengan penapis cahaya biru, anda dapat mempertingkatkan kemampuan menghalang cahaya biru pada peranti anda dengan aplikasi dikenali Twilight. Aplikasi ini adalah percuma dan membolehkan anda menukar skrin mengkikut keselesaan mata anda dengan mudah.
Aksesori
Sesuatu yang amat menjengkelkan bukan apabila telefon anda tiba-tiba terlepas dari tangan anda dan jatuh tepat ke muka anda? Untuk keselesaan bacaan yang optimum, anda tentunya mahukan alat yang membantu cengkaman telefon dan memegang peranti anda tanpa letih. Pilih 'Pop Socket' sebagai aksesori untuk memegang telefon anda dengan baik. Aksesori yang dipasangkan di antara celah-celah jari anda ini akan memberikan cengkaman yang kukuh pada telefon anda. Aksesori ini boleh didapati dalam pelbagai reka bentuk mengikut  kesesuaian telefon anda.
Earphone
Kini, bicu pada earphone telefon pintar semakin jarang didapati. Namun begitu, kebanyakan telefon menawarkan keupayaan bluetooth, yang membolehkan anda menyesuaikan peranti audio dengan mudah. Anda tidak perlu memiliki peranti yang mahal untuk mendengar audiobook. Apa yang anda perlukan hanyalah adalah pengasingan gangguan bunyi untuk kejelasan semasa buku dibacakan. Untuk harga yang lebih berpatutan, kami mengesyorkan Anker Soundcore Life P2. Anda juga boleh melihat earbud tanpa wayar yang lain dengan tawaran harga yang lebih berpatutan dari Anker. Namun, jika anda mampu berbelanja lebih, anda pasti ingin melihat Sony WF-1000XM4 yang terbaharu. Anda pasti mahu gunakannya lebih dari sekadar audiobook.
Kesimpulan
Ini adalah masa yang tepat untuk membaca lebih banyak buku. Dengan akses ke majalah juga akan membantu anda untuk mengikuti perkembangan terkini. Secara peribadi, saya menikmati majalah Entrepreneur yang merupakan sebahagian daripada langganan, kerana ia memberikan saya inspirasi dalam kesibukan seharian. Anda juga turut boleh mengakses majalah teknologi yang memaparkan penemuan dan tawaran terkini terus dari Lembah Silikon dan seterusnya.
Sekiranya anda sedang mencari skrin yang lebih besar dan canggih untuk memulakan tabiat membaca anda, lihat Galaxy Note 20 atau iPhone 11 Pro Max di e-stor kami. Kami juga menawarkan ansuran 3 bulan tanpa faedah dengan Rely, menjadikan peranti kami lebih mampu milik. Layari laman e-stor kami sekarang!