
ReNewNGo merupakan satu pelan ansuran atau langganan peranti terpakai yang fleksibel dan mampu milik oleh CompAsia Malaysia. Program ini direka khas yang membolehkan anda menaik taraf kepada model yang lebih baharu, menurunkan taraf atau memulangkan peranti anda selepas pembayaran 12 bulan dan memiliki sepenuhnya selepas pembayaran 36 bulan.
-
Bagi telefon pintar jenama Apple dan Samsung, anda boleh naik taraf atau pulangkan semula peranti anda selepas 12 bulan pembayaran.
-
Bagi komputer riba MacBook, anda boleh melakukan proses naik taraf atau pemulangan selepas 18 bulan pembayaran.
Selagi peranti anda tidak rosak, tidak diubah suai, proses naik taraf atau pemulangan adalah mudah dan tanpa caj tambahan.
Inilah kebebasan teknologi tanpa ikatan kontrak yang membebankan!
Kenapa Pilih ReNewNGo?
1. Pilihan Pelan Yang Fleksibel:
Dengan pelan ansuran atau langganan peranti ReNewNGo, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan, naik taraf atau pulangkan peranti — semuanya terpulang kepada kesesuaian anda.
2. Naik Taraf Tanpa Gangguan:
Selepas 12 bulan, tukar kepada model baharu yang lebih canggih tanpa caj tersembunyi. (Mengikut Terma dan Syarat).
3. Perlindungan Jaminan Lanjutan:
Peranti anda dilindungi daripada sebarang isu pengilang sepanjang tempoh langganan – memberikan anda ketenangan fikiran.
4. Serasi dengan Semua Telco:
Gunakan ReNewNGo dengan mana-mana penyedia perkhidmatan telco di Malaysia. Bebas untuk tukar atau kekal dengan pilihan anda.
5. Ansuran Mesra Bajet:
Nikmati peranti premium dengan bayaran bulanan rendah – tiada lagi beban pembelian sekali gus.
Cara Memohon Program Langganan ReNewNGo
Langkah-langkah memohon langganan pelan ReNewNGo yang sangat mudah dan hanya memerlukan kad pengenalan (IC). Anda hanya perlu:
-
Pilih peranti Apple atau Samsung daripada koleksi ReNewNGo
-
Dengan menggunakan kad pengenalan (IC), imbas dan isi maklumat diri di halaman permohonan
-
Sahkan butiran penghantaran dan lakukan pembayaran pertama
Sebaik sahaja permohonan lengkap, anda akan menerima e-mel pengesahan berserta butiran pesanan.
Mahu Simpan Peranti? Boleh!
Sekiranya anda memilih untuk teruskan langganan selama 36 bulan, peranti tersebut akan menjadi milik anda sepenuhnya. Selepas semua bayaran diselesaikan, pemilikan akan dipindahkan kepada anda dan sebarang komitmen akan ditamatkan.
Kesimpulan
Dengan ReNewNGo, anda dapat merasai kemudahan memiliki peranti tanpa beban kewangan dan kebimbangan jangka panjang. Sama ada mahu naik taraf, terus guna atau pulangkan – anda tentukan.
Nikmati kemajuan teknologi peranti bersama ReNewNGo – lebih fleksibel, lebih mudah, dan bebas risiko. Mohon sekarang!