Langkah-Langkah Mudah Miliki Peranti Terpakai Dengan Kelulusan Serta-Merta Hanya Menggunakan IC

Langkah-Langkah Mudah Miliki Peranti Terpakai Dengan Kelulusan Serta-Merta Hanya Menggunakan IC

Ingin miliki peranti terpakai tanpa perlu tunggu lama? Kini anda boleh memiliki peranti terpakai berjenama idaman seperti Apple dan Samsung dengan mudah, cepat dan tanpa rumit – hanya dengan kad pengenalan (IC) anda! Melalui ReNewNGo, sebuah pelan telefon yang fleksibel dan eksklusif oleh CompAsia Malaysia, kini anda boleh menikmati kelulusan serta-merta.

Dalam artikel ini, kami kongsikan panduan lengkap langkah demi langkah untuk mohon dan dapatkan peranti anda dengan mudah. Jom kita mula!

Langkah-Langkah Permohonan ReNewNGo

1. Lawati Laman ReNewNGo atau Kedai Fizikal

Anda boleh mula permohonan sama ada di laman web ReNewNGo atau terus ke kedai fizikal CompAsia yang berhampiran.

2. Pilih Peranti, Warna & Kapasiti

Lihat senarai peranti terpakai yang ditawarkan dan pilih model, warna dan kapasiti storan mengikut keperluan anda.

3. Isi Maklumat Peribadi

Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat diri anda, buat pengesahan Email dan klik setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.

4. EKYC & Semakan Kredit 

Sahkan identiti anda dengan memuat naik gambar IC (depan & belakang) serta selfie. Sistem akan melakukan EKYC dan semakan kredit secara automatik dalam tempoh 30 – 60 saat.

  • Jika LULUS: Terus ke langkah seterusnya (buat pengesahan & bayaran)

  • Jika GAGAL: Anda akan menerima emel permohonan ditolak

5. Pilih Kaedah Pengambilan & Isi Maklumat Bil

Jika permohonan diluluskan, pilih kaedah penerimaan peranti dan masukkan maklumat bil:

  1. Pengambilan di kedai

  2. Penghantaran ke rumah (untuk Semenanjung Malaysia sahaja)

  • Jika anda pilih penghantaran, sila isikan alamat penghantaran.

6. Pilih Bank & Lakukan Dua Pembayaran

Pilih bank untuk meneruskan pembayaran. Sila pastikan nama pemilik akaun bank padan dengan nama pemohon (nama seperti di kad pengenalan IC). 

  • RM1 akan dicaj untuk pendaftaran debit terus (Mandate Authorization):

  • Bayaran bulan pertama (jumlah bergantung pada peranti dipilih)

Kedua-dua pembayaran mesti dilakukan secara serentak (no closing browser, refreshing or logging out). Setiap transaksi akan disahkan melalui emel pengesahan pembayaran.

7. Terima Emel Pengesahan Akhir

Selepas bayaran berjaya, anda akan menerima emel pengesahan akhir sebagai bukti pemilikan dan langkah seterusnya.

Langkah-Langkah Pengambilan Peranti

1. Terima Peranti Anda

Anda akan menerima peranti melalui penghantaran atau boleh ambil di kedai fizikal CompAsia yang berhampiran, mengikut pilihan anda.

2. Lengkapkan Langkah-Langkah EKYC melalui Aplikasi ReNew+

  1. Anda perlu memastikan kad pengenalan (IC) berada bersama anda.

  2. Jika anda memilih untuk mengambil peranti di salah sebuah kedai fizikal, kakitangan kami akan bantu melengkapkan pengisian butiran pemilik dan peranti melalui Aplikasi ReNew+. 

  3. Jika anda memilih penghantaran terus ke rumah, penghantar (delivery person) yang dilantik akan bantu melengkapkan pengisian butiran pemilik dan peranti melalui Aplikasi ReNew+. 

  4. Selepas pengisian butiran lengkap dan kad pengenalan (IC) yang padan, anda hanya perlu menanda tangani Perjanjian Pemilikan Peranti.

  5. Setelah semuanya lengkap, penjanaan Customer Order Summary menandakan proses pengambilan peranti telah diterima dan pesanan berjaya diselesaikan. Kini, anda sah memiliki peranti terpakai melalui ReNewNGo!

Miliki Peranti Terpakai Anda Hari Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki peranti terpakai dengan mudah. Layari ReNewNGo oleh CompAsia dan mohon sekarang – kelulusan serta-merta hanya dengan kad pengenalan (IC) anda!