Psst… Adakah anda sudah menerima undangan untuk sertai Clubhouse?
Apa itu Clubhouse dan siapa yang menggunakannya?
Pada dasarnya, Clubhouse merupakan salah satu lagi laman media sosial. Ianya menghubungkan pengguna dalam talian seperti Facebook atau Instagram, dan ianya juga turut membenarkan pengguna untuk bertukar info antara satu sama lain.
Namun begitu, Clubhouse berbeza dari segi cara ianya berinteraksi. Platform media sosial berasaskan audio-secara-undangan sahaja ini, memberikan anda pengalaman dengan hanya mendengar perbualan melalui panggilan digital sahaja. Anda tidak akan mendengar gossip-gosip murahan di sini, sebaliknya kebanyakan topik perbualan memfokuskan kepada perbincangan isu penting dan hal semasa.
Penyertaan daripada tokoh-tokoh kenamaan seperti Elon Musk, Kevin Hart, bahkan mantan Perdana Menteri Najib Razak di Clubhouse adalah salah satu punca yang menyebabkan populariti aplikasi ini mendapat sambutan hangat.
Siapakah yang menciptanya?
Idea Clubhouse ini dicetuskan oleh Paul Davison dan Rohan Seth. Ianya dilancarkan pada Mac 2020, semasa kemuncak pandemic COVID19 sedang melanda seluruh dunia.
Bagaimana untuk saya menyertai Clubhouse?
Mula-mula, anda memerlukan jemputan untuk masuk ke Clubhouse (sementara itu, anda boleh mendaftarkan nama pengguna anda terlebih dahulu, supaya ianya akan tersedia ada apabila anda mendapat jemputan). Buat masa ini, ianya hanya tersedia untuk pengguna iOS sahaja (walaupun begitu, dikatakan versi Android akan dikeluarkan dalam beberapa minggu tidak lama lagi buat pengguna Android. Jadi pengguna Andaroid, anda boleh menarik nafas lega )
Sebaik sahaja sudah masuk ke Clubhouse, anda boleh membuat carian topik yang menarik minat anda, dan anda boleh terus sertai perbincangan tersebut – jika anda pendengar yang pasif, usah risau. Pengguna juga boleh menyertai perbualan secara terus dengan pakar-pakar dalam topik tersebut.
Sebagai ahli dalam Clubhouse, anda boleh berbincang apa jua topik dengan lebih santai. Perbualan tidaklah terlalu formal seperti perbincangan secara bersemuka, namun sebenarnya lebih formal dan fokus dari forum yang biasa anda hadiri sebelum ini, ataupun dari menerima komen-komen memalukan seperti di Facebook yang ditulis tanpa membuat sebarang pertimbangan.
Apakah jenis-jenis topik perbincangan di dalamnya?
Topik perbincangkan di Clubhouse merangkumi sukan dan teknologi sehingga kepercayaan dan kesihatan. Dengan topik hangat yang dibawakan oleh barisan pemimpin yang hebat ini, Clubhouse terus menarik minat pengguna untuk menyertainya.
Berapa ramai boleh sertai di dalam satu perbincangan?
Clubhouse boleh menampung seramai 5000 orang dalam satu chatroom pada satu masa. Namun, ketika perbincangan melibatkan tokoh ternama Elon Musk baru-baru ini, had sebegitu membuat ramai yang kecewa. Nasib baik, pengguna dapat membuat live-stream dan memuat naik kandungan perbualan tersebut menerusi Youtube.
Bagaimana saya ingin menyertai perbincangan tersebut?
Sesiapa yang ingin menyertai perbincangan, hanya perlu ‘angkat tangan’ untuk kongsikan pandangan mereka. Namun begitu, sila ambil maklum ianya bergantung kepada moderator untuk memberi kebenaran kepada anda.
Kesimpulannya
Melalui perbincangan yang berlangsung secara lisan sahaja, Clubhouse sebenarnya secara halus telah menapis serangan dari ‘keyboard warriors’ . Sebarang respon atau maklum balas yang ingin diberikan akan dipertimbangkan dengan lebih teliti, terutamanya ketika berinteraksi dengan tokoh-tokoh kenamaan seperti Oprah Winfrey atau Jared Leto.
Oleh itu, sekiranya anda tidak sabar menunggu versi Android dan ingin menjadi sebahagian daripada Clubhouse secepat mungkin, anda boleh mendapatkan iPhone dengan harga lebih murah di shop.compasia.com dan kami akan temui anda di Clubhouse!