8 Sorotan Utama Dari Acara “It’s Glowtime” Apple

Apple sekali lagi menggemparkan dunia teknologi dengan acara “It’s Glowtime” yang memperkenalkan pelbagai produk baharu. 


Dari iPhone sehingga Apple Watch, berikut adalah sorotan utama dari acara tersebut:


iPhone 16 dan iPhone 16 Plus

Source: Apple


Harga: iPhone 16: RM3,999 - RM5,499

            iPhone 16 Plus: RM4,499 - RM5,999


Dalam acara tersebut, syarikat telefon gergasi dari California ini melancarkan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus yang kini dilengkapi dengan teknologi “Apple Intelligence” yang memahami konteks pengguna untuk memberikan maklumat yang lebih relevan. Kedua-dua model ini hadir dengan skrin 6.1 inci (iPhone 16) dan 6.7 inci (iPhone 16 Plus) serta paparan Super Retina XDR yang lebih cerah.


Salah satu ciri utama yang ditampilkan dalam barisan iPhone 16 ini ialah fungsi Camera Control yang inovatif. Fungsi ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan lebih lancar bersama sistem kamera, memberikan kawalan penuh terhadap tetapan dan pilihan kamera dengan lebih mudah. Dengan Camera Control, pengguna boleh memilih mod yang sesuai untuk setiap situasi, mengubah zoom, fokus, dan pencahayaan dengan lebih tepat tanpa perlu membuka aplikasi kamera secara manual. Ciri ini menjadikan pengalaman fotografi lebih intuitif, profesional, dan menyeronokkan.


Dari segi spesifikasi, iPhone 16 dan iPhone 16 Plus menampilkan kamera utama 48MP dengan teknologi Fusion yang kini dilengkapi dengan ciri dwi-kamera serta pilihan Telephoto 2x. Ditambah dengan cip A18 yang menjanjikan prestasi luar biasa, kedua-dua model ini juga menawarkan hayat bateri yang lebih lama.


Bagi pengguna yang berminat dengan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus, anda boleh memilih dari lima warna yang menarik – biru ultramarine, teal, merah jambu, putih dan hitam – dan storan sehingga 512GB. 


iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max

Source: Apple


Harga: iPhone 16 Pro: RM4,999 - RM7,499

iPhone 16 Pro MAX: RM5,999 - RM7,999


Apple juga memperkenalkan model iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max, ditujukan kepada pengguna yang mahukan prestasi tertinggi. Dikuasakan oleh cip A18 Pro, kedua-dua model ini menampilkan prestasi CPU yang luar biasa, menjadikan iPhone 16 Pro dan Pro Max sebagai telefon pintar paling berkuasa di pasaran.

Dari segi saiz, iPhone 16 Pro hadir dengan paparan 6.3 inci manakala iPhone 16 Pro Max pula dengan paparan 6.9 inci, kedua-duanya dengan paparan Super Retina XDR. Lonjakan besar dalam hayat bateri memberi pengguna lebih masa untuk menikmati pelbagai aplikasi tanpa perlu kerap mengecas.

Kehebatan kamera pada barisan Pro juga tidak boleh diabaikan. Kamera utama 48MP baharu kini menyokong rakaman video 4K pada 120fps dalam Dolby Vision, memberikan kualiti rakaman yang memukau. Kamera Telefoto 5x pula membolehkan pengguna menangkap gambar dari jauh dengan jelas, manakala ciri Spatial Photo dan Video memberi pengalaman visual yang lebih mendalam, terutama sekali jika digabungkan dengan Apple Vision Pro. Pengguna juga boleh merakam video Slo-mo dalam 4K pada 120fps, dan kemudiannya mengedit kelajuan main balik dalam aplikasi Photos.

Dengan storan sehingga 1TB, iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max tersedia dalam warna titanium yang elegan, seperti hitam, putih, dan warna desert titanium, menjadikannya bukan sahaja peranti yang berkuasa, tetapi juga penuh dengan gaya.


Apple Watch Series 10 dan Apple Watch Ultra 2

Source: Apple


Harga: Apple Watch Series 10: RM1,799 - RM2,449

Apple Watch Ultra 2 : RM3,799


Apple juga tidak melupakan penggemar jam pintarnya dengan pengenalan Apple Watch Series 10 dan kemas kini kepada Apple Watch Ultra 2. Apple Watch Series 10 kini lebih nipis dan ringan berbanding model sebelumnya, serta menampilkan paparan terbesar yang pernah ada pada jam pintar Apple.


Paparan OLED sudut lebar memberikan kecerahan yang lebih baik dan pengecasan pantas membolehkan penggunaan selama 8 jam hanya dengan pengecasan 15 minit sahaja.


Selain itu, Apple Watch Series 10 juga dilengkapi ciri kesihatan yang lebih canggih seperti pengesanan kedalaman air, suhu badan, dan pemantauan kecergasan yang lebih tepat melalui watchOS 11. Jam pintar ini juga mampu memainkan audio dengan jelas walaupun dalam keadaan persekitaran yang bising, menjadikannya sesuai untuk pelbagai keadaan. 

Source: Apple


Sementara itu, Apple Watch Ultra 2 mengekalkan keunggulannya dengan beberapa kemas kini menarik. Walaupun tidak terdapat model baharu, Apple telah memperkenalkan kemasan titanium hitam satin yang memberikan Ultra 2 sentuhan gaya yang lebih moden dan elegan.


Bagi pemilik Ultra 2 sedia ada, kemas kini perisian akan memperkenalkan ciri pengesanan apnea tidur yang juga tersedia pada Apple Watch Series 10 dan Series 9, memberikan penambahbaikan besar dalam penjejakan kesihatan. 


Airpods 4 and Airpods Max

Source: Apple


Harga: Airpods 4: RM599

Airpods 4 (ANC): RM829

Airpods Max: RM2,499


Bagi peminat audio, Apple turut melancarkan Airpods 4 dengan reka bentuk yang lebih selesa. Airpods 4 kini hadir dalam dua pilihan, dengan atau tanpa Pembatalan Bunyi Aktif (ANC). Dengan cip H2, Airpods 4 menawarkan pengalaman audio yang lebih baik melalui teknologi Adaptive Audio dan kesedaran perbualan (Conversation Awareness). Hayat baterinya juga ditingkatkan sehingga 30 jam, dan ia kini menggunakan pengecasan UBS-C yang lebih pantas dan praktikal.


Airpods Max pula, kini hadir dalam warna seperti midnight, starlight, biru, oren dan ungu. Dengan kemas kini ini, Airpods Max menawarkan lebih banyak pilihan bagi pengguna yang mahukan kualiti audio premium dengan reka bentuk yang bergaya.


Nota Akhir

Dengan pelancaran pelbagai produk Apple di acara “It’s Glowtime” ini, pilihan buat anda kini semakin luas dengan teknologi terkini. Walaupun CompAsia masih belum menawarkan model baharu seperti iPhone 16, kami masih mempunyai pilihan hebat seperti iPhone 15 yang memberikan prestasi cemerlang dan nilai yang hebat pada harga yang lebih berpatutan. 


Terokai koleksi kami di CompAsia.my hari ini dan temui bagaimana anda boleh mendapatkan teknologi yang anda perlukan tanpa perlu mengganggu bajet anda.

Leave a comment

All comments are moderated before being published