7 Aplikasi Wajib Untuk Pemilik Kereta Di Malaysia

Memiliki kereta di Malaysia menawarkan kemudahan yang hebat, tapi kadang-kadang ada juga cabarannya tersendiri. Dari mengharungi trafik yang sesak hingga menangani kerosakan yang datang secara tiba-tiba, menjadi seorang pemilik kereta di Malaysia boleh jadi agak mencabar.


Nasib baik dengan kemudahan teknologi yang ada, membantu anda dengan pelbagai aplikasi yang direka khas untuk memudahkan pemilik kereta di Malaysia.


Kalau anda perlukan bantuan mencari tempat letak kereta, dapatkan kemaskini trafik semasa, atau menjadualkan penyelenggaraan kereta, tujuh aplikasi yang kami kongsikan dalam artikel ini pasti boleh jadi penyelamat untuk anda.


Waze

Source: Waze


Salah satu aplikasi terkenal yang setiap pemilik kereta wajib ada ialah Waze. Waze menyediakan kemas kini trafik secara ‘real-time’ mengenai sebarang kemalangan, halangan di jalan, dan amaran untuk pemanduan melebihi had laju. Integrasi aplikasi Waze dengan platform penstriman muzik pula memberi kawalan muzik yang lebih lancar semasa pemanduan.


ParkIt

Source:Parkit


Aplikasi ParkIt pula bagi memudahkan anda untuk mencari dan menempah tempat letak kereta dengan lebih awal. Selain itu, ia juga dapat membandingkan harga dari penyedia tempat letak kereta yang berbeza, serta berfungsi sebagai navigasi untuk anda mencari di mana anda meletakkan kenderaan. Aplikasi ParkIt ini membuatkan tugas mencari tempat letak kereta di kawasan sibuk jadi lebih mudah.


Drivvo

Source: Drivvo


Pemilik kereta juga boleh memuat turun aplikasi Drivvo. Drivvo membantu anda untuk mengurus perbelanjaan kenderaan dengan melihat dan memantau maklumat berkaitan dengan kenderaan anda apabila ada membuat pengisian minyak, merekod kos perbelanjaan selepas servis dan memberi peringatan kepada anda untuk servis seterusnya.


Serv

Source: Serv


Aplikasi Serv menghubungkan anda dengan bengkel-bengkel kenderaan berdekatan untuk anda membandingkan harga, membantu anda untuk menetapkan janji temu dengan bengkel-bengkel kenderaan dan melihat rekod penyelenggaraan. Sama seperti Drivvo, aplikasi ini juga berfungsi sebagai peringatan untuk servis kenderaan anda dan juga menyimpan rekod servis kenderaan anda, menjadikan penyelenggaraan kereta lebih teratur dan tanpa stres.


ChargEV

Source: ChargEV

Kalau anda pemilik kereta EV, ChargEV adalah aplikasi yang wajib ada dalam telefon anda. Aplikasi ini membolehkan anda untuk mencari stesen pengecas EV di seluruh negara, semak ketersediaan stesen secara ‘real-time’ dan memantau sesi pengecasan secara terus dari aplikasi. Ianya penting untuk pemilik kereta EV untuk memastikan kereta anda sentiasa dicas dan boleh bergerak pada bila-bila masa.


MyJPJ

Source: Carro


Aplikasi MyJPJ memudahkan urusan anda dengan pelbagai perkhidmatan secara terus dari telefon anda. Melalui aplikasi ini, anda boleh menyemak status lesen memandu, butiran pendaftaran kenderaan anda, dan juga membayar saman. Aplikasi ini memudahkan pengurusan dokumen berkaitan jalan raya.



TNG eWallet

Source: TNG eWallet


Bagi pengguna Smart Tag atau RFID, aplikasi Touch ‘N Go eWallet memang wajib ada di dalam telefon anda. Bukan sahaja berfungsi sebagai e-wallet, tetapi aplikasi ini juga membolehkan anda untuk menambah nilai baki kad Touch ‘N Go secara terus dari aplikasi. Aplikasi ini memudahkan pembayaran tol, membayar meter di tempat letak kereta, dan pebagai perkhidmatan lain, menjadikannya aplikasi yang penting untuk perjalanan dan transaksi yang lancar.


Nota Akhir

Sama seperti aplikasi-aplikasi di atas yang memudahkan anda sebagai pemilik kereta, telefon pintar yang boleh dipercayai juga boleh melengkapkan dan memudahkan gaya hidup anda. Dengan menaik taraf ke telefon pintar terpakai dari CompAsia, anda boleh terus memanfaatkan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam artikel ini untuk memudahkan kehidupan anda di jalan raya.

Leave a comment

All comments are moderated before being published