Harga telefon pintar telah meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ni, dan dah jadi satu norma harga telefon pintar diletakkan pada RM3,000 atau pun lebih. Harga ini mungkin bukan jumlah yang besar bagi sesetengah orang, tapi ia adalah satu tanggungjawab kewangan yang amat besar bagi kebanyakan orang.
Tapi, berkat dengan perkembangan pasaran telefon terpakai (atau gajet-gajet terpakai yang lain!) kat luar sana, ia serba sedikit telah menyediakan alternatif untuk kita beli telefon pintar pada harga yang sangat affordable. Kalau anda nak tahu, platform gajet terpakai ni merupakan satu cara yang sangat berkesan untuk kurangkan kos pembelian telefon, terutamanya kalau anda tahu bagaimana untuk cari platform yang bertauliah.
Dalam catitan blog kali ini, kami akan memberi beberapa sebab yang membezakan CompAsia dengan platform-platform gajet terpakai yang ada kat luar sana. Mungkin anda juga akan dapat dapat beberapa tips berguna untuk selamatkan dompet anda dan juga alam sekitar!
Platform dan gajet yang legit
Mesti ramai daripada anda masih tertanya-tanya samada CompAsia atau gajet yang dijual ni legit atau tidak, kan? Jawapannya: 100% legit!
Kalau anda nak tahu, CompAsia ni bukan sekadar platform gajet terpakai yang biasa! Ia merupakan pelopor utama dalam dunia gajet terpakai, menjadikan platform ni sangat accessible baik daripada segi kos dan pilihan. Boleh kata anda boleh berjimat dan dapat gajet terpakai yang baik seperti baru. Siapa yang tak nak, kan?
Di CompAsia, kami faham kalau anda nak pakai gajet baru dan terkini, kadang-kadang ia boleh buatkan anda pokai. Jadi, itulah sebabnya kami telah mengambil langkah yang sangat proaktif untuk dapatkan gajet yang dipakai dengan cermat, dan seterusnya menawarkannya pada harga yang takkan ‘mengorbankan’ kualiti gajet tersebut.
Gajet diperiksa dengan kawalan kualiti 32-langkah
Apabila kami tuntut yang kami sangat pentingkan kualiti gajet, kami betul-betul serius!
Di CompAsia, setiap gajet yang dijual di platform kami akan diperiksa dengan teliti menggunakan kawalan kualiti 32-langkah - satu proses untuk pastikan gajet yang anda beli bukan sahaja berfungsi 100%, tapi boleh tingkatkan pengalaman anda semasa menggunakan gajet tersebut. Juruteknik kami sangat berpengalaman dalam memeriksa gajet dengan terperinci, tanpa meninggalkan sebarang butiran tidak diperiksa.
Pembelian disertakan dengan jaminan dan sokongan
Kami pasti, selain daripada harga, jaminan adalah antara aspek yang sering ditanya kalau anda beli gajet, kan? Untuk ketenangan fikiran anda, setiap gajet yang dijual di platform Shop.CompAsia disertakan dengan jaminan satu bulan. Kalau tempoh itu tidak mencukupi, anda boleh pilih untuk lanjutkan tempoh jaminan tersebut sehingga 12 bulan dengan sedikit bayaran. Klik sahaja pilihan Extended Warranty atau Replace Plus untuk ketahui lebih lanjut!
Selain itu, jika anda hadapi sebarang masalah dengan gajet yang dibeli, anda tidak perlu risau sebab pasukan sokongan kami sedia membantu anda bila-bila masa sahaja. Jadi anda pasti boleh nikmati keseronokan membeli dengan kami dari awal hingga selepas pembelian.
Pelbagai tawaran dan penjimatan menarik setiap bulan
Perlu kami tekankan kat sini bahawa kami sangat komited untuk memberikan tawaran yang tiada tandingan kepada anda. Pastikan anda selalu kunjungi laman https://shop.compasia.com/ dan tengok sendiri pelbagai tawaran menarik yang berlangsung sekarang.
Setiap kempen telah disusun dengan teliti di mana anda boleh nikmati diskaun sehingga RM99, dan itu hanya satu contoh sahaja! Tawaran istimewa yang lain, seperti jualan penghabisan dan peraduan menarik biasanya dilaksanakan setiap bulan, pasti membuatkan pengalaman anda membeli belah dengan kami lebih menyeronokkan!
Anda bukan sahaja menyelamatkan dompet anda, tapi turut menjadi superhero dengan membeli gajet terpakai!
Adakah anda tahu bahawa proses pengeluaran gajet baru boleh menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar dan peningkatan e-sisa? Untuk pengetahuan anda, ia melibatkan pengekstrakan logam dan mineral serta penggunaan tenaga semasa pengeluaran, justeru meningkatkan lagi gas rumah hijau yang boleh memberikan impak kepada ekosistem.
Sebagai perbandingan, satu gajet baru yang dihasilkan akan mengeluarkan purata sebanyak 85kg dalam tahun pertama sahaja. Kira-kira 95% daripada pelepasan ini adalah pada peringkat pengeluaran, termasuklah pencarian, pengeluaran dan pengangkutan bahan mentah.
Jadi, tidakkah anda berasa kita patut memainkan peranan masing-masing peranan untuk menyelamatkan planet Bumi dari terus tercemar?
Nota akhir
Seiring dengan perkembangan landskap teknologi yang sentiasa berubah, adalah penting untuk anda memilih alternatif yang bukan saja boleh membantu anda berjimat, tapi turut membantu alam sekitar.
CompAsia sedia berdiri bersama anda dalam perihal ini, di mana kami akan sentiasa berusaha untuk menyediakan gajet yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. Lepas ni, kalau anda terlintas nak beli telefon pintar, tablet atau laptop, anda disarankan untuk mempertimbangkan alternatif yang mesra alam (dan mesra dompet!) - dan menjadikan CompAsia sebahagian daripada alternatif yang anda pilih.
Jika anda telah memilih CompAsia, kami tutupi catitan blog pada kali ini dengan ucapan tahniah kerana anda telah membuat pilihan yang sangat tepat!