iPad Pro terdahulu sebenarnya boleh dianggap sebagai tablet terbaik, namun kemudiannya iPad Pro 12.9-inci (2022) tampil dengan pelbagai pembaharuan yang lebih menakjubkan. Ia merupakan iPad terbesar dan paling mengagumkan bagi Apple, menampilkan chipset M2 baharu yang memberikan lebih banyak kuasa daripada majoriti pengguna.
Kami pasti mesti ramai daripada anda yang tertanya-tanya, adakah iPad Pro 12.9-inci ini adalah iPad terbaik yang ada di pasaran hari ini? Jika dilihat dari segi keupayaannya semata-mata, ya! Skrinnya adalah lebih baik daripada iPad sebelumnya, manakala saiz kanvasnya menjadikannya lebih baik untuk produktiviti. Baca artikel ini untuk tahu jika anda ingin tahu samada ia berbaloi untuk dimiliki atau tidak!
Prestasi
Jelas sekali yang Cip M2 merupakan fokus utama dalam ulasan kami pada kali ini - dan ia adalah ‘raksasa’ yang mutlak! Ia memiliki CPU lapan-teras, yang menampilkan empat teras yang berkelajuan tinggi dan empat teras cekap tenaga.
Ia turut digandingkan dengan RAM 8GB (untuk versi 128GB, 256GB dan 512GB) dan RAM 16GB (untuk versi 1TB dan 2TB). Selain itu, ia menyerlahkan kehadiran GPU 10 teras yang boleh menggunakan memori yang ada, dengan lebar jalur memori 100 gigabit per saat.
Rekaan
iPad Pro 12.9-inci tidak menampilkan sebarang perubahan reka bentuk yang ketara berbanding versi terdahulu... yang mana Apple masih mengekalkan warna Space Grey atau Silver.
Rekaannya pula, pada pendapat kami, adalah sangat bagus. Permukaannya yang besar, serta struktur fizikalnya yang langsing dan elegan membuatkannya berasa anggun di tangan (sekurang-kurangnya apabila digunakan tanpa casing). Terdapat bingkai yang agak langsing di antara tepi skrin dan sisi peranti - ia lebih besar daripada bingkai pada iPhone 14, tetapi kami berpuas hati kerana ia memberikan cengkaman yang selesa pada Pro yang lebih besar.
Keseluruhannya, penampilan Pro ini boleh dikatakan sempurna, seperti apa yang anda harapkan dari Apple.
Harga
Harga asas untuk iPad Pro 12.9-inci yang baharu bermula dari RM5,399 - dan harga tersebut adalah untuk storan 128GB sahaja, dan tiada sokongan tanpa wayar 5G.
Namun jika anda inginkan Pro yang berstoran lebih besar pada harga yang lebih mampu milik, sebenarnya Pro terpakai sudah memadai. Di platform atas talian seperti Shop.CompAsia, anda boleh dapatkan iPad Pro 12.9-inci bermula pada harga RM3,799 sahaja. Harganya sangat ketara, betul tak?
Paparan
Skrin mini LED iPad Pro 12.9-inci kekal unik dalam rangkaian tablet Apple. Apple merujuknya sebagai Paparan XDR, menyatakan bahawa ia adalah seperti skrin HDR (high dynamic range). Jika dibandingkan dengan skrin pada tablet lain atau kebanyakan komputer riba, paparan iPad Pro jauh lebih menonjol baik dari segi ciri dan keupayaan canggihnya.
Paparan XDR yang terang dan tajam (resolusi 2732x2048; 264 piksel setiap inci), mempamerkan warna yang cantik dan tepat, dan kecerahan yang mempesonakan dalam aplikasi HDR. Tambahan pula, keupayaannya untuk menghasilkan warna hitam yang mendalam dalam semua aplikasi adalah sangat menakjubkan!
Kamera
Kameranya masih sama berbanding dengan model sebelumnya, selain daripada penambahan untuk merakam video ProRes. Kamera belakangnya dilengkapi dengan kamera sudut lebar 12MP dan kamera ultra lebar 10MP, bersama-sama dengan sensor LiDAR. Sensor LiDAR berfungsi dua tujuan iaitu membantu dalam fokus automatik pantas dan menyokong fungsi pengimbasan 3D dalam pelbagai aplikasi.
Kamera hadapan pula dilengkapi dengan kamera 12MP dan lensa ultra lebar, direka khusus untuk fitur Center Stage. Ini bermaksud ia mampu memberi tumpuan kepada objek (semestinya anda).
Jangka hayat bateri dan pengecasan
Seperti biasa, Apple menyatakan bahawa bateri iPad Pro ini boleh bertahan sehingga 10 jam untuk tugas mudah, seperti menonton video dan melayari web. Masa pengecasan pula adalah agak munasabah apabila menggunakan pengecas 20W yang dibekalkan - yang mana ia mengambil masa 30 minit untuk mencapai kapasiti bateri 20%. Jadi, masa pengecasan ini serupa dengan model sebelumnya.
Perlukan anda membeli iPad Pro (2022)?
Pada pendapat kami, iPad Pro adalah sangat bagus dalam mengendalikan tugas, dan menawarkan prestasi yang tidak dapat ditandingi dan keserasian yang lancar dengan pen digital dan papan kekunci.
Namun, seperti yang kami nyatakan di atas, membeli Pro yang baharu bukanlah satu kemestian! Cukuplah sekadar membeli peranti terpakai yang yang ada di pasaran seperti Shop.CompAsia. Ia bukan sahaja telah diperiksa melalui kawalan kualiti 32-langkah, malah diperakui mampu berfungsi seperti Pro yang baharu. Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke laman kami untuk melihat promosi iPad yang sedang berlangsung sekarang!