7 fitur iOS 17 terbaru yang anda pasti suka

Penambahbaikan skrin burn-in iPhone 15 Pro Max, ciri AirDrop dan Muzik baru adalah sorotan iOS 17.1

Apple baru sahaja mengeluarkan kemas kini iOS terkini, dan ini bermakna pengguna tegar iPhone dapat mengakses kemaskini utama sejak iOS 17 dikeluarkan.

Sama ada anda telah membeli model terbaru iPhone 15 atau masih menggunakan iPhone 13, dan bercadang untuk memuat turun iOS 17.1 pada peranti kesayangan anda, berikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang sistem pengendalian terkini iPhone (iPhone Operating System).

Kami akan memperincikan semua yang anda perlu tahu tentang iOS 17.1 di bawah, tapi sebelum itu anda perlu mengemas kini iPhone anda terlebih dahulu. Proses menaik taraf sistem pengendalian ini sebenarnya sangat mudah, tetapi jika anda memerlukan peringatan, anda boleh rujuk panduan terperinci untuk kemas kini iPhone ini.


Peranti yang menyokong iOS 17.1

Ini merupakan kemas kini utama pertama sejak iOS 17 dikeluarkan pada bulan September. Ia hanya boleh digunakan oleh iPhone XS Max, iPhone XR, siri iPhone 11 hingga ke model-model terbaru, bersama-sama dengan model iPhone SE generasi kedua dan ketiga dan juga menyokong iOS 17.1.

Anda boleh rujuk senarai ini untuk mengetahui model-model yang menyokong iOS 17.1.


Kemas kini AirDrop

iOS 17.1 membawa lebih banyak fungsi ke AirDrop pada peranti iOS anda dalam beberapa cara. Yang pertama membolehkan anda ‘tap’ iPhone lain untuk anda berkongsi butiran Contact. Ini dipanggil NameDrop, dan paling best ia boleh digunakan kat Apple Watch. Fungsi ‘tap’ yang sama turut boleh digunakan untuk SharePlay kalau anda ingin menonton filem, mendengar muzik atau memainkan game dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.

(Image credit: Apple)

Selain itu, Apple turut menambah keupayaan untuk pemindahan fail yang bersaiz besar. Ini bermaksud anda boleh terus memindahkan fail tersebut biarpun selepas iPhone anda tidak lagi berada berdekatan antara satu sama lain sepanjang tempoh pemindahan.

 

Kemas kini Apple Music

Seterusnya adalah salah satu kemaskini iOS 17.1 yang anda pasti suka!

Apple telah menambah ‘Favourites Playlist’ kat app Music pada iPhone untuk memudahkan anda mengumpulkan semua lagu kegemaran anda di satu tempat. Jadi, lepas ni anda hanya perlu mengetik tanda bintang pada skrin ‘Now Playing’ sahaja untuk menanda lagu itu sebagai lagu kegemaran dengan mudah.

(Image credit: Tom's Guide)

Selain itu, iOS 17.1 menambah cadangan lagu yang muncul di bahagian bawah playlist yang pasti memudahkan anda menemui lagu lain yang sesuai dengan citarasa masa anda tengah melayan perasaan.


Kawalan StandBy

(Image credit: Tom's Guide)

Sesiapa sahaja yang mempunyai iPhone yang menyokong paparan Always-on — khususnya pengguna iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max, dan semestinya model terbaru iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max — boleh mengakses pilihan tambahan berapa lama mod StandBy akan kekal aktif sebelum skrin anda bertukar malap.


Kawalan Flashlight di Dynamic Island

(Image credit: 9TO5Mac)

Anda kini mendapat kawalan lampu suluh dengan Dynamic Island (biarpun kami pasti ramai yang berpendapat ia bukanlah tambahan terbesar untuk iOS 17.1!). iPhone yang memiliki Dynamic Island akan memaparkan ikon lampu suluh kat Live Activities, yang pasti memudahkan anda perasan kalau anda menghidupkannya secara tidak sengaja. Anda juga boleh mematikannya tanpa perlu skrol ke Control Center. Mudah, kan?


Pembetulan pepijat dan penambahbaikan lain

Selain itu, kalau anda nak tahu, Apple turut menangani beberapa masalah pepijat lain dengan iOS 17.1. Antaranya adalah:

  • Kekunci sokongan Home
  • Pembetulan kepada privasi privasi Location semasa memindahkan Apple Watch
  • Pembaikan responsif papan kekunci
  • Penambahbaikan Crash Detection

Apa yang masih kurang?

Sebenarnya masih ada beberapa penambahbaikkan masih belum dikemas kini untuk iOS 17.1. Contohnya, app Journal yang membolehkan anda menulis catatan, dan menyelit gambar, video dan kandungan lain untuk disimpan dalam iPhone anda. Bagaimanapun, Apple menyatakan bahawa kemas kini untuk app ini akan tiba di pada akhir tahun ini, jadi anda boleh menjangkakannya dalam kemaskini iOS seterusnya.

(Image credit: Tom's Guide)

Selain itu, anda juga akan perasan yang peningkatan butang Action juga masih belum tersedia. Khabar angin membayangkan jika iPhone 15 Pro telah dikemas kini kepada iOS 17.1, anda akan dapat menentukan bila ia berada lama di dalam poket. Secara mudah, ciri ini bertujuan untuk mengelakkan tertekan butang Action dengan tidak sengaja.


Nota akhir

Kami pasti ramai yang teruja untuk kemas kini ke iOS 17.1, dan pastinya anda tahu yang bukan semua model menyokong sistem pengendalian terkini ini, kan? Jadi, di sini kami ingin sampaikan berita baik untuk anda!

Kalau anda ingin berjimat cermat atau tidak mampu untuk membayar iPhone terbaru sekali gus, apa kata anda tengok kat shop.compasia? Sebenarnya, kami menyediakan pelbagai kaedah bayaran untuk memudahkan anda membeli peranti idaman. Contohnya, anda boleh memiliki sebuah iPhone dengan bayaran ansuran serendah RM87 sebulan sahaja! Dan itu hanya satu contoh sahaja! Kalau anda nak tahu tawaran-tawaran lain yang sedang berlangsung, jom jenguk shop.compasia! Tunggu apa lagi?

Leave a comment

All comments are moderated before being published