5 Sebab Mengapa Anda Perlu Amalkan Transaksi Tanpa Tunai

Memang tidak dapat kita nafikan yang teknologi dah lama membentuk cara hidup kita, dan salah satu aspek yang paling jelas adalah bagaimana kita uruskan transaksi kewangan. Transaksi tanpa tunai, yang mana telah dimudahkan dengan pelbagai cara pembayaran elektronik, bukan sahaja telah menjadi satu kebiasaan di Malaysia, bahkan ia sangat popular di seluruh dunia. 

Dalam artikel pada kali ini, kita akan terokai lima sebab mengapa anda patut amalkan transaksi tanpa tunai pada setiap masa. Jom!

 

Lebih mudah untuk diakses

Salah satu kelebihan yang paling jelas adalah ia lebih mudah untuk diakses, yang pasti memudahkan segala urusan anda. Dengan pembayaran tanpa tunai, anda boleh ucapkan sayonara pada dompet yang tebal, tidak perlu kira baki (terutamanya pada yang kurang arif dalam matematik ;p) dan bimbang kehabisan duit tunai.

Pembayaran elektronik, seperti e-Wallet, kad kredit atau perbankan online, membolehkan anda membuat bayaran dengan mudah di mana-mana dan pada bila-bila masa, hanya perlu tap atau swipe kad kredit saja. Tidak kira semasa anda membeli belah, keluar makan, atau bayar bil, pembayaran tanpa tunai menyediakan kemudahan yang sukar ditandingi. 


Selamat dan terjamin

Faedah lain yang anda dapat daripada transaksi tanpa tunai adalah daripada aspek keselamatan berbanding pembayaran tunai. Membawa duit tunai yang banyak boleh dedahkan anda kepada kecurian dan kehilangan, tapi transaksi digital menawarkan pelbagai lapisan keselamatan, pengesahan biometrik dan sistem pengesanan penipuan.

Dan kalau kad anda hilang atau dicuri (minta dijauhkan!), anda boleh hubungi bank atau penyedia perkhidmatan untuk bekukan akaun supaya simpanan anda selamat. Jadi, memang jelas yang transaksi tanpa tunai ni dapat kurangkan kecurian dan buat anda senang hati, betul tak?


Efisien dan menjimatkan masa

Boleh bayangkan kalau anda terpaksa berbaris panjang semata-mata nak buat bayaran? Sangat tak berbaloi, kan? Jadi, bila anda gunakan urus niaga tanpa tunai, anda bukan saja jimatkan masa anda beratur dan menunggu, pemilik perniagaan juga akan berterima sebab anda memudahkan kerja mereka. 

Lebih penting, anda boleh simpan dan akses rekod transaksi untuk anda urus dan rancang perbelanjaan bulanan dengan mudah. 


Bersih dan kurang risiko penyebaran virus

Wabak COVID-19 telah buat kita sedar betapa mudah virus tersebar, samada dengan sengaja atau tidak, membuatkan transaksi tanpa tunai menjadi popular di kalangan pengguna dan peniaga.

Jadi, secara tidak langsung, pembayaran tanpa tunai bukan saja boleh bantu anda elakkan dari potential health risk semasa berada di luar - ia juga boleh berikan ketenangan sebab anda tahu yang anda tidak perlu lepaskan kad atau gajet anda untuk selesaikan transaksi.


Penerimaan kewangan digital

Urus niaga tanpa tunai juga turut memainkan peranan kalau anda bantu untuk menggalakkan ekonomi negara, terutamanya untuk pemilik perniagaan yang tidak amalkan  perkhidmatan perbankan tradisional. 

Transaksi tanpa tunai juga secara tidak langsung turut membantu peniaga-peniaga dalam menyediakan platform untuk mereka menyimpan, menerima dan menghantar duit, justeru membantu pertumbuhan ekonomi.


Nota akhir

Menyahut transformasi ini sebenarnya bukan susah pun sebab anda tidak perlu beli gajet yang baru untuk mengamalkan transaksi tanpa tunai. Cukuplah sekadar gajet pintar terpakai yang boleh menyokong app seperti Maybank2u, TNG eWallet dan penyedia perkhidmatan lain yang bertauliah.

Bagi anda yang ingin dapatkan gajet terpakai yang baik seperti baru, apa kata anda jenguk kat Shop.CompAsia? Anda boleh dapatkan pelbagai penjimatan sehingga 50%, jadi pasti tiada ada masalah untuk anda jadikan transaksi tanpa tunai sebagai sebahagian daripada kehidupan anda.

Leave a comment

All comments are moderated before being published