Kebanyakan daripada kita selalu memasang niat untuk menjaga satu-satunya planet yang kita diami. Namun, mengamalkan tabiat lestari kadang-kadang boleh menjadi rumit dan membebankan sehingga akhirnya diabaikan. Nasib baik, anda boleh membuat sedikit perbezaan dengan mengubah cara anda membeli teknologi.
Berikut adalah lima sebab mengapa CompAsia adalah pilihan yang lebih mampan untuk pengguna peranti pintar.
Ekosistem kitaran hayat peranti
Fokus CompAsia bukan hanya pada membeli dan menjual peranti terpakai sahaja. Untuk pengetahuan anda, ia telah menubuhkan ekosistem kitaran hayat peranti yang menyeluruh di pasaran di mana ia beroperasi bukan sahaja di Malaysia, malah di Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand serta Dubai.
Ekosistem ini merangkumi perkhidmatan seperti pembelian semula dan tukar beli peranti terpakai, pajakan pembiayaan peranti baru dengan faedah naik taraf, dan perkhidmatan perlindungan peranti.
Dengan menggalakkan penggunaan semula dan memanjangkan jangka hayat peranti, CompAsia secara aktifnya menyumbang kepada pengurangan sisa elektronik (e-waste) dan memelihara sumber.
Penyelesaian yang kos yang efektif
Memilih telefon terpakai daripada CompAsia boleh membantu anda berjimat cermat. Dengan harga telefon kelas pertengahan yang baru, pengguna boleh membeli peranti terpakai flagship dengan ciri yang lebih unggul.
Kemampuan ini membolehkan pengguna mengakses peranti berkualiti tinggi tanpa mengeluarkan belanja yang besar, menjadikannya pilihan menarik untuk individu yang mementingkan bajet.
Ketenteraman hati dengan waranti
CompAsia menyediakan waranti selama 1 bulan untuk peranti terpakai mereka, yang mana boleh dilanjutkan sehingga 12 bulan.
Perlindungan waranti ini memberikan ketenangan kepada pengguna, mengetahui bahawa peranti mereka dilindungi daripada masalah yang tidak terjangka.
Komitmen terhadap kemampanan
Kemampanan bukan hanya sekadar kata kunci bagi CompAsia; ia sebenarnya sudah tertanam dalam visi dan misinya.
Dengan menjadikan peranti berkualiti tinggi boleh diakses pada harga mampu milik, CompAsia meminimumkan e-waste dan menggalakkan cara penggunaan yang lebih bertanggungjawab.
Memilih telefon terpakai daripada CompAsia selari dengan kesedaran alam sekitar yang boleh memberikan impak yang positif terhadap alam sekitar.
Ulasan dan buah mulut yang positif
Komitmen CompAsia terhadap peranti berkualiti dengan harga mampu milik telah membawa kepada pengalaman pelanggan yang positif.
Pelanggan yang berpuas hati secara semulajadi akan menyebarkan review yang positif di sosial media seperti di Google, X, Facebook dan Instagram. Ini telah mewujudkan pemasaran yang organik dan meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap CompAsia.
Setiap jualan menjadi peluang untuk ulasan positif, mengukuhkan reputasi syarikat.
Nota akhir
Secara ringkas, amalan lestari CompAsia, keberkesanan kos, tawaran waranti, dan komitmen terhadap pengurangan e-waste menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk pengguna yang prihatin terhadap alam sekitar. Jadi, jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli peranti pintar, ingatlah CompAsia!