5 aplikasi mesra alam untuk memperkasakan gaya hidup hijau

Kebanyakan masa, kita berasa bahawa perubahan yang kita mahu lihat adalah jauh lebih besar daripada diri kita. Kadang-kadang, kita cenderung berfikir bahawa kita tidak mempunyai kawalan ke atas perubahan alam sekitar, menjadikannya satu tempat yang lebih selesa untuk didiami. Tapi kita patut sedar, sebenarnya perubahan yang kita mahu lihat itu bermula daripada seseorang individu, dan ia bermula dari anda!

Memilih gaya hidup yang lebih hijau mungkin mencabar pada mulanya. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan anda pasti akan terbiasa, dan ia bukan saja menjadi lebih mudah, tapi turut memberi ganjaran kepada anda! Jadi, di bawah kami telah senaraikan lima aplikasi mesra alam yang anda perlu periksa kalau anda ingin amalkan gaya hidup yang lebih mesra alam.


MyEwaste

(Image credit: MyEwaste)

Kami pasti anda mungkin sudah mula sedar yang pembuangan digital kini semakin banyak. Salah satu ancaman terbesar terhadap perubahan iklim adalah e-sisa - dan jelas sekali kami tidak bercakap tentang folder ‘trash’ di laptop anda!

Inilah inisiatif daripada kerajaan kita! Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Jabatan Alam Sekitar (DOE), di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air, telah melancarkan sebuah aplikasi pengurusan e-waste yang dipanggil MyEwaste.

Aplikasi ini tidak hanya menyediakan maklumat, tetapi juga membantu anda dalam mencari dan menghantar e-waste kepada pusat kutipan terdekat. MyEwaste boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store.


Olio

(Image credit: Olio)

Sertai komuniti global 7 juta pengguna yang memberikan kesan positif dengan memberi, meminjam, membeli, atau menjual barang terpakai, semuanya supaya anda tidak membuat pembaziran!

Olio adalah aplikasi perkongsian tempatan yang direka untuk memudahkan pemindahan pelbagai barang seperti pakaian, buku, mainan, peralatan dapur, kosmetik terpakai, dan makanan haiwan peliharaan kepada orang yang tinggal berdekatan (semestinya dengan langkah berjaga-jaga!)

Jika anda ingin tahu mengapa menggunakan Olio adalah bermanfaat, berikut adalah beberapa sebab. Pertama, anda boleh membersihkan rumah anda dengan cepat kerana barang percuma biasanya diminta dalam tempoh dua jam. Kedua, dua dari tiga pengguna Olio secara khusus menyebut bahawa perkongsian meningkatkan kesihatan mental mereka. Akhirnya, anda menyumbang kepada usaha melawan perubahan iklim. Apa yang boleh lebih memberi ganjaran daripada itu?


Ecosia

Jika anda ingin tahu bagaimana anda boleh menyumbang kepada penyelamatan planet dari keselesaan meja kerja anda, jadikan Ecosia sebagai enjin carian utama anda!

Sama seperti enjin carian lain, Ecosia menghasilkan pendapatan melalui periklanan, tetapi apa yang membezakannya adalah komitmen Ecosia dalam menyumbangkan 100% keuntungan untuk aktiviti alam sekitar. Kalau anda nak tahu, komuniti Ecosia telah menanam lebih daripada 185 juta pokok yang terdiri daripada lebih daripada 900 spesies di lebih daripada 35 negara yang berbeza.

Siapa sangka anda boleh membuat kesan besar pada usaha penghijrahan hutan hanya dengan menggunakan laman sesawang, kan?


Kumpool

Carpooling’ bukan hanya untuk James Corden dan artis jemputan dia saja! Percaya atau tidak, ia adalah cara hebat untuk mengurangkan pelepasan karbon di bandar, sambil menjimatkan ringgit anda!

Direka dengan cara yang sama seperti Grab, Kumpool menghubungkan anda dengan penumpang lain yang melakukan perjalanan yang sama. Selain mengurangkan jejak karbon anda, ia bukan saja memendekkan masa perjalanan anda dengan mengelakkan perhentian  semasa perjalanan, tetapi juga membolehkan anda mengelak kesesakan dan tiba di destinasi anda tepat pada waktunya, terutamanya jika anda mempunyai temujanji! Apa yang boleh lebih menarik daripada tiba tepat pada waktunya, betul tak?


 

Ringkasan

Kami sedar pasti sesetengah daripada anda mungkin berfikir bahawa perjalanan kita untuk mencapai pelepasan karbon sifar masih jauh. Walau bagaimanapun, membuat langkah yang kecil ke hadapan pastinya lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa pun. Disebabkan e-sisa ini adalah salah satu penyumbang terbesar kepada perubahan iklim, adalah penting untuk kita terus memainkan peranan secara berterusan.

Dianggarkan bahawa 50 juta tan e-sisa dihasilkan setiap tahun yang terdiri daripada telefon pintar yang tidak digunakan, kamera, laptop, dan peranti elektronik lain. Apa yang membimbangkan adalah kebanyakan peranti ini bukan sahaja boleh dikitar semula tetapi juga masih digunakan semula.

Jadi, jika anda mempertimbangkan untuk menjaga persekitaran, salah satu cara yang anda boleh lakukan adalah dengan membeli peranti terpakai. Jika anda membeli dari Shop.CompAsia, anda pastinya akan berasa terkejut yang sebenarnya peranti tersebut bukan sahaja masih berfungsi dengan 100%, tapi kadang-kadang sukar untuk anda bezakannya dengan peranti yang baharu. Dan jika anda mempertimbangkan untuk menaik taraf peranti anda pula, jangan lupa untuk memuat turun aplikasi InstaCash kami. Dengan ini, anda akan mendapatkan sejumlah wang tunai sambil menyelamatkan planet!

Leave a comment

All comments are moderated before being published