5 Sebab Membeli Peranti Terpakai Adalah Langkah Yang Bijak _CompAsia Malaysia

Sedar tak sedar dah lebih seabad kita diperkenalkan kepada iPhone edisi pertama, dan boleh dikatakan sejak saat itu, banyak perubahan telah berlaku dalam dunia teknologi dan telefon pintar. Seiring dengan perkembangan itu, kita sering kali dibanjiri dengan banyak pilihan model terbaru telefon pintar. Tapi kita wajib beringat, dengan setiap keluaran terbaru harga pasti makin mahal, betul tak? So, jangan semata-mata nak ikut trend, ada pula yang sanggup berhutang sana sini!

Untuk elak perkara itu berlaku, di sinilah peranti terpakai memainkan peranannya. Dengan harga yang lebih mampu milik kepada kualitinya yang kekal tampak baharu, berikut kami senaraikan beberapa sebab peranti terpakai ini tak boleh diperlekehkan!


Lebih penjimatan dalam perbelanjaan

Pertama sekali, membeli peranti terpakai jauh lebih cost-effective berbanding beli peranti yang baru. Memang tak dinafikan kalau beli telefon baru, korang akan dapat akses fitur dan teknologi terkini. Walau bagaimanapun, korang kena ingat yang model terdahulu sebenarnya turut menawarkan fitur dan fungsi yang hampir serupa tapi pada harga yang lebih rendah. 

Paling best bila korang boleh bayar secara instalment tanpa perlu beri komitmen kewangan yang besar pada poket korang! Kami pasti perkara ini sangat menguntungkan sesetengah pihak seperti pelajar atau sesiapa saja yang tight on budget!

 

Keselamatan data peribadi yang terjamin

Disebabkan peranti terpakai pernah dipakai oleh orang lain, mungkin ada antara korang yang risau terdapat sisa program yang boleh membahayakan pengguna seterusnya. Perkara ini mungkin betul bagi sesetengah reseller yang hanya lakukan satu factory reset sahaja sebelum jual balik peranti itu.

Haa, ni salah satu aspek yang korang kena tahu! Untuk keselamatan korang,  shop.compasia melaksanakan tiga jenis reset kilang (factory reset), dan turut memadamkan  sisa data (residual data) dengan cara yang menepati piawaian penghapusan data  antarabangsa. Penting untuk ditekankan kat sini yang kami sebenarnya salah satu daripada  segelintir daripada platform yang diiktiraf dalam melaksanakan pemadanan data ini!

 

Fiturnya tak banyak beza berbanding model baru

Kami pasti ramai yang berasa ragu nak beli peranti terpakai sebab ada banyak mitos pasal  peranti ni. Antaranya ia tak lagi dijamin oleh pengeluar atau kemungkinan tak dapat akses update perisian terbaru.

Tapi perkara itu sebenarnya bukan masalah besar. Sebagai contoh, tak banyak bezanya di antara siri iPhone 13 berbanding dengan siri iPhone 14 yang baru saja dikeluarkan lewat tahun lepas. Siri 13 masih dapat akses update yang tersedia untuk siri 14. Selain itu, peranti yang dibeli di shop.compasia disertakan dengan jaminan selama sebulan yang boleh dilanjutkan ke 12 bulan. Inilah salah satu faktor yang membezakan kami dengan reseller lain kat luar sana!

 

Beri impak positif terhadap alam sekitar

Korang tahu tak, dengan membeli peranti terpakai, korang turut menyumbang kepada alam sekitar? Bayangkan lambakan peranti yang masih boleh dipakai dibuang begitu sahaja, kan bahaya tu?

So, dengan membeli peranti terpakai, korang sebenarnya mengitar semula peranti yang mungkin akan dibuang ke tapak pelupusan. Dan secara tak langsungnya turut membantu dalam mengurangkan e-waste serta jumlah sumber yang akan digunakan untuk menghasilkan peranti baru.

 

Banyak pilihan

Peranti terpakai yang berkualiti tinggi sememangnya sukar dicari. Kalau korang jumpa kat kedai reseller kecilan pun, stoknya mungkin terhad. Kat online marketplace pun ada tapi piawaian penggredan pula mungkin tak konsisten. Ni maksudnya telefon yang dinilai 9/10 mungkin sebenarnya 6/10 sahaja.

Kalau korang nak tahu, biarpun shop.compasia tawarkan macam-macam jenama dan model, kami tetap konsisten dalam penggredan untuk pastikannya berfungsi 100%. Semua peranti akan diperiksa dengan kawalan kualiti 32-langkah yang pasti korang tak dapat cari kat tempat lain! 

 

Nota akhir

Walaupun ada risiko dalam membeli peranti terpakai, tapi faedah membelinya jauh mengatasi risiko tersebut. Sama ada korang nak jimat duit, kurangkan impak kepada alam sekitar, atau hanya ingin menukar ke peranti lain, memang tak dinafikan pasaran peranti terpakai sememangnya menawarkan macam-macam kelebihan. 

Dengan penilaian 4.8 bintang dan lebih daripada 1000 review di Google, ini jelas membuktikan yang nilai peranti terpakai yang ditawarkan di shop.compasia adalah tak kurang hebatnya berbanding peranti baharu. Jadi, kalau korang nak naik taraf peranti, apa kata korang dapatkannya dari kami dan rasai sendiri perbezaannya?

Leave a comment

All comments are moderated before being published