Bagi gamers yang sentiasa dalam perjalanan, konsol mudah alih semakin menjadi pilihan untuk menikmati game berkualiti konsol tanpa perlu berada di rumah. Tahun 2024 menyaksikan kemunculan beberapa konsol mudah alih hebat yang menawarkan pengalaman gaming yang mantap dengan pelbagai pilihan ciri unik.
Artikel kali ini, kami akan mencadangkan kepada gamers di luar sana beberapa model konsol mudah alih terbaik yang boleh didapati di pasaran.
Asus ROG Ally
Credit: Asus ROG
Asus ROG Ally adalah antara konsol mudah alih paling berkuasa yang memikat hati gamers. Direka untuk AAA gaming, ROG Ally dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen Z1, grafik Radeon RDNA 3, dan RAM 16GB. Skrin FHD 120Hz memastikan paparan yang tajam dan lancar, membuatkan pengalaman bermain lebih imersif.
Kelebihan
- Skrin FHD 120Hz untuk pengalaman visual yang cemerlang.
- Keupayaan grafik yang tinggi sesuai untuk game yang berat.
- Akses kepada Xbox Game Pass untuk pelbagai permainan.
Kekurangan
- Harga yang agak tinggi berbanding pilihan lain.
- Bateri yang cepat habis semasa bermain game berintensiti tinggi.
Steam Deck
Credit: Steam
Steam Deck oleh Valve masih menjadi pilihan terbaik untuk peminat Steam yang ingin bermain koleksi game mereka di mana-mana. Dikuasai oleh pemproses AMD yang dikhususkan, Steam Deck menawarkan prestasi yang seimbang untuk AAA gaming dan game indie. Dengan sokongan penuh SteamOS, konsol ini juga boleh digunakan seperti komputer mini, menjadikannya lebih serba boleh.
Kelebihan
- Integrasi dengan Steam dan akses kepada seluruh perpustakaan game dari Steam.
- Sokongan untuk aksesori, termasuk monitor dan tetikus.
- Boleh digunakan sebagai komputer mini dengan mod desktop.
Kekurangan
- Saiz yang agak besar untuk konsol mudah alih.
- Penggunaan sistem operasi yang agak teknikal bagi pengguna baru.
Nintendo Switch
Credit: Nintendo
Bagi peminat Nintendo, Nintendo Switch membawa pengalaman gaming yang berbeza. Walaupun ia tidak setanding konsol lain dari segi grafik atau pemprosesan, Nintendo Switch menawarkan pengalaman unik dengan game eksklusif seperti Zelda dan Mario. Reka bentuk yang ringan juga menjadikannya mudah dibawa ke mana saja.
Kelebihan
- Permainan eksklusif Nintendo yang tidak terdapat di konsol lain.
- Reka bentuk yang ringan dan mudah dibawa.
Kekurangan
- Grafik dan pemprosesan yang lebih rendah berbanding konsol lain.
- Tiada sokongan untuk permainan berat atau grafik tinggi.
Lenovo Legion Go
Credit: Lenovo
Konsol terbaru dari Lenovo, Legion Go, menawarkan persaingan hebat dengan ciri-ciri yang mengagumkan. Dengan skrin 8.8 inci QHD dan keupayaan untuk menukar mod konsol dan mod desktop, Legion Go sesuai untuk mereka yang ingin pengalaman gaming terbaik tanpa kompromi. Dikuasakan oleh AMD Ryzen Z1 Extreme, Legion Go adalah salah satu konsol paling berkuasa yang pernah diperkenalkan.
Kelebihan
- Skrin QHD 8.8 inci yang besar untuk pengalaman visual yang mengasyikkan.
- Mod desktop yang membolehkan lebih banyak fleksibiliti.
- Kuasa pemprosesan yang mampu mengendalikan permainan berat.
Kekurangan
- Saiz yang lebih besar boleh menjadi tidak selesa untuk jangka masa panjang.
- Bateri yang tidak tahan lama untuk permainan berat.
Mana satu pilihan anda?
Memilih konsol mudah alih terbaik bergantung kepada anda sebagai seorang gamer. Jika anda mencari grafik terbaik dan akses kepada pelbagai game, Asus ROG Ally dan Lenovo Legion Go adalah pilihan yang tepat. Bagi peminat Steam, Steam Deck adalah pilihan yang ideal, manakala Nintendo Switch menawarkan game eksklusif yang menawan.
Berita baik untuk gamers di Malaysia! Kini, CompAsia.my juga menjual Nintendo Switch baru dengan harga yang kompetitif! Rasai keseronokan bermain game eksklusif seperti Zelda: Tears of the Kingdom atau Mario Kart 8 Deluxe di mana-mana sahaja. Dengan stok dan tawaran terhad, pastikan anda sentiasa menyemak CompAsia.my untuk mendapatkan Nintendo Switch anda sebelum habis!