4 jenis migrasi data dari telefon ke telefon lain

Biasanya, kalau kita sudah terbiasa dengan sesuatu, kita lebih cenderung untuk kekal dengannya untuk satu jangka masa yang agak panjang, betul tak? Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa kita kekal menggunakan telefon yang sama, atau pun terus setia dengan jenama yang sama.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa pengalaman untuk menukar dari satu model iPhone ke model yang lain adalah agak mengerikan, apatah lagi bertukar kalau bertukar kepada jenama Samsung. Boleh bikin pening! 

Tapi anda tidak perlu risau! Kami sentiada ada di sini untuk membantu memudahkan ‘perjalanan’ anda untuk menukar telefon! Baca artikel di bawah untuk mengetahui empat jenis dan tip-tip pertukaran yang yang boleh anda guna!

 

iPhone kepada iPhone

Anda perlu menggunakan Quick Start di kedua-dua peranti, jadi anda perlu melakukannya pada masa anda tidak menggunakan peranti semasa untuk beberapa minit.

 

Langkah 1 Hidupkan Bluetooth and sambungkan peranti dengan Wi-Fi. 

Langkah 2 Hidupkan peranti baru, letakkannya berdekatan dengan peranti lama dan ikut arahan pada skrin. Jika gesaan (prompt) untuk membuat tetapan hilang, hidupkan semula kedua-dua peranti.

Langkah 3 Sambungkan peranti ke Wi-Fi atau rangkaian selular.

Langkah 4 Aktifkan semula selular (jika perlu).

Langkah 5 Buat tetapan untuk Face ID atau Touch ID.

Langkah 6 Semasa membuat pindahan terus daripada peranti lama, pastikan pemindahan data dari kedua-dua peranti selesai terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Langkah 7 Pastikan kedua-dua peranti sentiasa berada berdekatan dan bersambung dengan bekalan kuasa sehingga proses pemindahan data selesai. Tempoh pemindahan data mungkin berbeza berdasarkan kepada kondisi rangkaian dan jumlah data yang dipindahkan.

 

Android kepada iPhone

Sebelum mula, pastikan:

  • Kedua-dua peranti iPhone dan peranti Android disambung kepada bekalan kuasa.
  • Kandungan dari peranti Android adalah muat untuk dipindahkan kepada peranti iOS.

 

Langkah 1 Hidupkan peranti iPhone dan letakkan berdekatan dengan peranti Android. Ikut arahan pada skrin. Pada skrin Quick Start, ketik ‘Set Up Manually’, kemudian ikut arahan pada skrin. Aktifkan eSIM (jika perlu).

Langkah 2 Cari ‘Apps & Data screen’, kemudian ketik ‘Move Data from Android’.

Langkah 3 Pada peranti Android, buka app Move to iOS. Jika tiada, ketik butang QR pada peranti iPhone dan imbas kod menggunakan peranti Android untuk membuka Google Play Store.

Langkah 4 Pada peranti iPhone, pilihan ‘Move from Android’ akan muncul pada skrin dan ketik ‘Continue’. Kod sepuluh atau enam digit akan dihantar.

Langkah 5 Masukkan kod pada peranti Android.

Langkah 6 Peranti iPhone akan mencipta rangkaian Wi-Fi sementara. Ketik ‘Connect’ untuk sambungkan kepada rangkaian tersebut kepada peranti Android. ‘Transfer Data’ akan muncul pada skrin.

Langkah 7 Pilih kandungan pada peranti Android, ketik ‘Continue’ dan tunggu sehingga pemindahan selesai. 

Langkah 8 Setelah selesai, ketik ‘Done’ pada peranti Android. Kemudian, ketik ‘Continue’ pada peranti iPhone. Ikuti langkah seterusnya. 

Langkah 9 Pastikan semua kandungan dipindahkan. 

 

Tip: Muzik, buku dan PDF perlu dipindahkan secara manual.

 

iPhone kepada Android

Sebelum mula, pastikan:

  • Kedua-dua peranti dicaj.
  • Peranti boleh dibuka menggunakan PIN, corak atau kata laluan.
  • Matikan ciri kunci automatik pada iPhone (jika perlu).
  • Periksa storan kedua-dua peranti. Pemindahan data tidak dapat dilengkapkan jika storan peranti baru tidak mencukupi.

 

Langkah 1 Hidupkan peranti Android baru dan ketik ‘Start’.

Langkah 2 Sambung kepada Wi-Fi atau rangkaian mudah alih. Jika tiada sebarang sambungan, pemindahan data tidak dapat dilakukan.

Langkah 3 Salin aplikasi dan data. Untuk menyalin aplikasi dan data, anda mempunyai dua pilihan.

 

Dengan kabel

  • Tutup fungsi iMessage pada iPhone.
  • Sambungkan kabel pengecasan pada iPhone.
  • Sambungkan hujung kabel atau penyesuai pengecasan (adapter) yang satu lagi ke peranti Android.
  • Ketik ‘Trust’ setelah mendapat notifikasi untuk menyambung.
  • Log masuk ke akaun Google (atau cipta akaun jika tiada akaun).
  • Pilih jenis data yang ingin disalin pada peranti Android.
  • Ketik ‘Copy’.

 

Tip: Pindahkan data WhatsApp dengan mengimbas kod QR pada peranti Android dengan iPhone dan ikut arahan pada skrin.

 

Tanpa kabel:

Pada peranti Android baru, pastikan:

  • Matikan fungsi iMessage pada iPhone.
  • Hidupkan peranti Android.
  • Ketik ‘Start’.
  • Sambungkan kepada rangkaian Wi-Fi bila diminta.
  • Pilih untuk menyalin aplikasi dan data daripada peranti iPhone.
  • Di bahagian bawah sebelah kiri, ketik sama ada ‘No Cable?’ atau ‘Cable doesn’t fit?’.
  • Ketik ‘Switching from iPhone® or iPad®?’
  • Log masuk ke akaun Google (atau cipta akaun jika tiada akaun).

 

Pada peranti iPhone lama, pastikan:

  • Imbas kod QR pada skrin peranti Android menggunakan kamera iPhone. Jika tiada kod QR, versi Android mungkin tidak sesuai dengan ‘Switch to Android’.
  • Muat turun aplikasi, buka aplikasi dan ikut arahan pada Switch to Android.

 

Tip: Pastikan kedua-dua peranti disambungkan kepada internet kekal berdekatan antara satu sama lain semasa proses.

 

Android ke Android

Sebelum mula, pastikan:

  • Kedua-dua peranti dicaj.
  • Peranti boleh dibuka menggunakan PIN, corak atau kata laluan.
  • Pemindahan data mungkin mengambil masa yang panjang. Pastikan anda mempunyai masa yang secukupnya.
  • Periksa storan kedua-dua peranti. Pemindahan data tidak dapat dilengkapkan jika storan peranti baru tidak mencukupi.
  •  

    Langkah 1 Hidupkan peranti Android: tukar bahasa atau tetapan telefon (jika perlu).

    Langkah 2 Sambungkan kepada Wi-Fi yang tersedia atau rangkaian mudah alih. Untuk hidupkan rangkaian mudah alih, masukkan kad SIM.

    Langkah 3 Salin aplikasi dan data. Untuk menyalin aplikasi dan data, anda mempunyai dua pilihan.

     

    Menggunakan kabel

    • Ikut arahan pada skrin untuk sambungkan kedua-dua peranti menggunakan kabel. Gunakan penyesuai (adapter) jika tiada kabel yang sesuai.
    • Ketik ‘Copy’ pada peranti Android lama.
    • Pilih data dan fail untuk disalin.
    • Ketik ‘Copy’.
    • Semasa pemindahan, peranti baharu akan memaparkan "Copying your data...". Setelah selesai, ia akan memaparkan “Copying’s done”. 

     

    Menggunakan sambungan Wi-Fi

    Pada peranti Android baru, pastikan:

    • Pilih ‘No cable’ bila ditanya.
    • Ketik ‘Next’ bila dapat notifikasi ‘Transfer wirelessly’.
    • Masukkan PIN pada peranti Android lama.

     

    Pada peranti Android lama, pastikan:

    • Buka aplikasi Google pada peranti lama.
    • Cari ‘Set up my device’.
    • Ketik ‘Next’.
    • Apabila ia menunjukkan, "Get started," ketik ‘Next’.
    • Semak bahawa bentuk dan nombor sepadan pada kedua-dua telefon.
    • Ketik ‘Next Copy’ (Tip: Log masuk ke akaun Google terlebih dahulu).
    • Pilih aplikasi dan data yang anda ingin salin.
    • Tunggu sehingga data siap disalin. Anda akan mendapat satu pesanan yang menunjukkannya sudah selesai.

     

    Nota akhir

    Bertukar kepada sesuatu yang baru adalah sangat mencabar pada mulanya, tapi lama-kelamaan nanti anda pasti akan terbiasa. Anda hanya memerlukan sedikit masa dan praktis untuk membiasakan diri sahaja.

    Kami faham yang data yang ingin anda pindah itu pastinya lebih berharga daripada telefon itu sendiri. Sebab itu kebanyakan pengeluar peranti mudah alih telah membuat pelbagai ujian bagi memastikan kelancaran migrasi data dan aplikasi dapat meminimumkan pengalaman pengguna ketika bertukar kepada telefon yang baru.

    Sekarang anda sudah dianggap mahir membuat pemindahan data, jadi bolehlah anda dapatkan peranti pintar terpakai Apple, Samsung, Huawei atau  jenama lain kat Shop.CompAsia untuk back-up storan anda yang dah penuh tu!

    Leave a comment

    All comments are moderated before being published