
Samsung baru sahaja memperkenalkan barisan Galaxy Tab S10 yang datang dengan siri Tab S10 Ultra dan Tab S10+, dan ramai tertanya-tanya dakah ia benar-benar membawa perubahan besar berbanding pendahulunya, Tab S9.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli tablet, anda juga pasti tertanya adakah Tab S9 masih berbaloi? Dalam artikel ini, kami akan membincangkan beberapa perbezaan utama untuk memudahkan anda melihat dengan jelas perbezaan di antara kedua-dua tablet ini.
Paparan

Credit: Samsung
Kedua-dua Tab S9 dan Tab S10 menampilkan paparan AMOLED 2X dengan kadar penyegaran 120Hz, yang menjadikan pengalaman menonton dan bermain permainan video sangat lancar. Saiz paparan pada kedua-dua model juga hampir sama; Tab S9 Ultra mempunyai paparan 14.6 inci, sama seperti S10 Ultra. Kualiti warna dan kontras pada Tab S9 tetap berada pada tahap premium, menjadikannya pilihan yang baik untuk media dan produktiviti visual.
Reka Bentuk
Dari aspek reka bentuk, kedua-dua tablet mengekalkan rupa premium dan minimalis yang sama. Ketebalan dan berat juga hampir sama, menjadikannya selesa untuk dibawa ke mana-mana. Tiada perubahan besar dari segi rekaan luar kedua-dua tablet, jadi pengguna yang sudah selesa dengan reka bentuk Tab S9 tidak akan merasakan perbezaan ketara dengan Tab S10.
Prestasi
Credit: Samsung
Antara perbezaan yang boleh dilihat kepada kedua-dua tablet ini adalah sistem pemprosesan. Tab S10 dilengkapi dengan cip MediaTek Dimensity 9300+, manakala Tab S9 menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Walaupun cip terbaru pada Tab S10 menjanjikan peningkatan dalam kelajuan pemprosesan, Tab S9 masih mampu mengendalikan multitasking dan aplikasi berat dengan baik. Prestasi harian kedua-dua tablet ini tidak akan memberi perbezaan ketara kepada kebanyakan pengguna.
RAM dan Storan
Tab S10 menawarkan RAM sehingga 16GB, sedikit peningkatan berbanding Tab S9 yang mempunyai pilihan 8GB sehingga 12GB RAM. Namun, Tab S9 dengan 12GB RAM sudah mencukupi untuk kegunaan harian seperti melayari web, aplikasi produktiviti dan permainan video. Dari segi ruang storan, kedua-dua model menyokong 128GB hingga 1TB, dengan slot microSD untuk penyimpanan tambahan, jadi tidak ada perbezaan besar dalam aspek ini.
Kapasiti Bateri
Credit: Samsung
Kedua-dua tablet hadir dengan bateri berkapasiti 11,200mAh, yang memberikan tempoh penggunaan yang panjang, sama ada untuk menonton video atau bekerja sepanjang hari. Oleh itu, dari segi ketahanan bateri, Tab S9 masih mampu bertahan dengan prestasi yang sama seperti Tab S10.
Kesimpulan
Walaupun Tab S10 membawa beberapa peningkatan kecil, perbezaan antara Tab S9 dan Tab S10 sebenarny tidak begitu ketara. Ini menjadikan Tab S9 pilihan yang sangat menarik bagi mereka yang ingin mendapatkan tablet dengan harga yang lebih rendah tetapi menawarkan ciri-ciri premium, terutama di CompAsia. Seperti kata pepatah, “lebih baik membeli perkara yang anda perlukan daripada mengejar apa yang terkini”.