Waranti Disertakan Untuk Peranti Terpakai dengan ReNewNGo

A thumbnail image of an article about "Waranti Disertakan untuk Peranti Terpakai dengan ReNewNGo"

Beli peranti terpakai kini lebih yakin dan bebas risau dengan ReNewNGo oleh CompAsia Malaysia. Dengan langkah langganan ReNewNGo yang mudah, peranti anda bukan sahaja boleh dimiliki dengan bayaran bulanan rendah, peranti anda turut dilindungi waranti secara automatik sepanjang tempoh ansuran berjalan. 

Dengan ReNewNGo, anda akan menikmati perlindungan waranti yang setaraf dengan Pelan Waranti Lanjutan CompAsia Malaysia. Ini bermakna: 

✅ Tiada bayaran pembaikan

✅ Tiada caj penghantaran

✅ Permintaan servis yang pantas & mudah

Apa Yang Dilindungi Oleh Waranti?

Waranti ReNewNGo meliputi pelbagai komponen utama peranti, termasuk:

✅ Kamera

✅ Sensitiviti Skrin

✅ Kesihatan Bateri (minimum 80%)

✅ Speaker

✅ Port Pengecas

✅ Mikrofon

✅ Face ID / Cap Jari

✅ Bluetooth

✅ WiFi

Apa Yang Tidak Dilindungi

Walaupun liputan menyeluruh diberikan, terdapat beberapa pengecualian termasuk: 

🚫 Kerosakan akibat kemalangan seperti skrin retak atau terkena air

🚫 Kerosakan akibat penggunaan yang salah

🚫 Kerosakan kerana ubah suai peranti

🚫 Kerosakan akibat komponen pihak ketiga (third-party)

Bagaimana Cara Untuk Buat Tuntutan Waranti? 

Jika peranti anda menghadapi masalah, ikuti langkah berikut untuk permintaan waranti: 

  1. Hantar e-mel ke deviceservice@compasia.com dengan ID Pesanan serta gambar/video bukti masalah

  2. Kami akan atur pengambilan peranti anda untuk pengesahan IMEI dan diagnosis

  3. Setelah disahkan, kami akan baik pulih atau ganti peranti anda

  4. Kami akan hubungi anda melalui e-mel untuk penghantaran semula

ReNewNGo bukan sekadar pelan ansuran — ia adalah perlindungan menyeluruh untuk peranti anda. Dengan waranti disertakan secara automatik, anda boleh membeli peranti terpakai dengan lebih yakin dan tenang. 

Klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan Terma dan Syarat

Soalan Lazim

1. Apa yang dilindungi oleh waranti?

Waranti melindungi:

  • Kerosakan dalaman peranti akibat kecacatan semasa pembuatan

  • Servis pengambilan & penghantaran peranti untuk pembaikan

2. Dalam situasi apa waranti tidak sah?

Waranti akan terbatal jika:

  • Terdapat kerosakan fizikal 

  • Peranti terkena air atau sebarang cecair

  • Peranti diubah suai (rooting, jailbreak dan lain-lain)

  • Masalah disebabkan debu atau kelembapan

3. Apa berlaku jika tuntutan waranti berjaya?

  • Pihak kami akan mengaturkan urusan pengambilan peranti secara percuma

  • Baiki peranti tanpa caj

  • Jika tidak boleh dibaiki, kami akan ganti dengan model sama dan nilai setara (diperbaharui)

4. Berapa lama proses pembaikan?

Kebiasaannya, proses akan mengambil masa sehingga 14 hari bekerja selepas peranti diterima, bergantung kepada tahap kerosakan.

5. Adakah jaminan selepas pembaikan?

Ya. Kami beri waranti tambahan 1 bulan bagi isu yang telah dibaiki sahaja (contoh: kamera rosak, skrin berubah warna).